Hati aku lak sering tertanya-tanya
Hari ni ke
Malam ni ke
Petang ni ke
Tengahari ni ke
Jap lagi ke..
Hi hi hi..
Walaupun aku tau hari tu akan datang jugak..
Tak kan baby ni nak dok dalam perut aku lelama kan..
Dah lar perut nih dah macam belon..
Tapi tuh lah instinct tuh tak dapat nak bendung
Asik nak tertanya jer..
Macam tak sabar-sabar..
Bila harinya wallaahualam
And yes aku dah start bukak segala barang-barang kemas kat badan aku nih
Dari rantai leher, gelang, cincin, gelang kaki sumer aku dah bukak cuma subang jer lom bukak..
In case if nak terbersalin
Sumer dah ready
Gi serah diri camtuh jer lar..
Ari ni aku baca blog dilla (ingatkan dia dah bersalin pasal blog tak update hi hi hi)
Dia ada kuar mucus..
Aku pun ada gak lendir2 nih
Tapi aku ingat tu lendir keputihan biasa..
Tapi aku tak alert ar lelebih..
So lepas ni kena ar tengok
sama ada mucus tuh maacm yang diterangkan dalam website tu ke tak..
Nih antara tanda-tanda besar if dah nak bersalin
So aku kena alert ar..(baca banyak info tapi tetap tertanya2 and kadang2 jadi macam tak sabar)
Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:
- Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.
- Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.
- Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakang seumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.
Jadi, apabila anda mengalami tanda tanda di atas, maka bersiaplah untuk ke hospital dengan segera. Bagaimanapun jangan panik, kerana itu hanya tanda tanda, proses bersalin biasanya akan mengambil masa yang lebih lama lagi. Jika anda ingin bersalin buat kali pertama, biasanya untuk menunggu bukaan serviks dari 3 hingga 10 cm mengambil masa sehingga 8 jam. Ada yang sehingga 10 jam. Pengalaman saya sendiri antara 4 hingga 8 jam.
Ok mommies dearie sekalian, harap info di atas dapat membantu persiapan minda untuk tindakan kita nanti.. (harap aku tak panik ar, pasal aku ni loqlaq skit)
No comments:
Post a Comment