Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, June 18, 2009

Skinny pant 5kg nampak kurus

ari ni posting citer pasal mummy lar pulak
Masa mula-mula start pakai tudung
Aku takut tak lawa!
ha ha ha (sila gelak sama2)
Aku takut beckham jeling pompuan lain
ha ha ha (sila gelak sama2)

Sebab for me
Bilapakai tudung ialah sangat tak boleh berfesyen sangat limited
ha ha ha (sila gelakkan aku)
so bodos kan..
sekarang zaman dah berubah
orang pakai tudung boleh berstylo macam-macam
Thanks to the internet
Thansk to the fashion magazine
Thanks to the model-model bertudung yg atk dibayar kat luar sana heh
Just nk share tips for fesyen bertudung
(kalian pun share lar tips2 berfesyen and bertudung)
owh for hari raya baju kurung (puasa x abih bayar dh nak raya hampehhhh)
Nak cari ready made baju kurugn yang lengan kembanggg
tapi tudung nk pakai camner??

Ok sapa ada dslr tak nak amik aku as model ke?
I like bergambar u..
ELYN u tak nak amik i ker???

Tips nampak kurus even tak kurus okes hiks
Skinny Pants you will look 5 kg thinner... (sila memerasankan diri)
Ya skinny pants
Gi ar cari korang
U will nampak kurus..
tak caya percayalah..
Dah lama cari skinnypants nih
selalu jumpa legging or kain yg mcm swim suit tuh..
tak sesuaiii ok kang terkoyak
haruu nmpak montot terbelah hahah

ok lar itu jer celoteh hari ini daaaaaaa

Tuesday, June 16, 2009

Tengah Merancang,memperuntukkan dan memikirkan.

I'm wondering
Buat Di rumah @ Di Mekdi/any fastfood (baby leh makan ker?)

Doa selamat + Birthday blast @ doa selamat sahaja?

Confius@keliru..
Tengah mencari idea
Memplanning
Membudgeting
Her birthday just around the corner...

* Of course mummy and daddy mahu yang terbaik untuk Ayra
Dearie mummy outhere
Tips please..
Jiey/Yana/Kak Yattjay/Eina/Ena - and others mummy yg baby dah jadi toddler hiks..

Yang Berkaitan
- Bajet tak berapa banyak sekadar beberapa keping syilling besi
- Nak kena jaga beberapa hati tokmama and family beckham
- Condition ayra yang tak boleh berpanas and she's still baby
- Tapi nak yang terbaik.

Heh

Wednesday, June 3, 2009

2nd Tips Mummy

Lupa ar pasal 2nd tips
Ok diet for lunch
(hi hi hi tapi aku rasa ramai yang berpuasa kat)
tapi bila bukak poser
jangan ar melampau2 (ingat untuk diri aku gak)

Cuba teka apa neh??


Tadaaa..Laksa
Ok selalunya lunch aku amik laksa
Ni complete diet
sebab apa
Ikan/Telur = Protein
Laksa = Kabo
Ada sayur (timun/asam/) = vege
Satu mangkuk kenyang smpai malam



Cadangan for lunch
Leh juga makan lauk jer
Gi makan KFC tapi buang kulit..
Boleh amik lauk ikan/ayam/telur/sayur2 tapi jgn amik nasi..
Order sup sayur
Or MIHUN TOMYAM (tu complete dah tu ada sayur sumer dlm tuh)
or ME LADNA??
janji no NASI
ada beraniiii????

Thursday, May 28, 2009

Tak suka air kosong

Ayra paling susah minum air kosong..
Tok mama cakap..
sebab masa preggy dulu
Aku tak suka minum air kosong
Yer kut..
masa preggy aku paling suka minum manis2
kalau minum air kosong mcm minum racun..



Same to ayra..
Kalau bagi air kosong macam kena rotan
Nangis melalak2 sekuat hati..
dah ada 2 training cup nih kat rumah
Tapi bila letak air kosong dia buat-buat muntah
Kalau letak juice dengan laju dan terror nyer dia hisap..
Hmmm
Any tips u all?? untuk bagi ayra minum air kosong??


Wednesday, May 27, 2009

Mummy 1st Tips

PERINGATAN : BAGI MUMMY YANG MASIH BREASTFEED DONT FOLLOW THIS TIPS..
(UR MILK IS MORE VALUABLE DARIPADA NAK JADI SLIMMER)


Ok kan aku janji nak bagi tips..
Camner nak selim melim..
Aku dah tak amik NASI/RICE/BERAS or SEANGKATAN DENGANNYA
No nasi at all..
No pills kurus
No Tea Kurus
Just naik turun tangga 3 tingkat opis (as exercise)

Sebagai permulaan bagi mummy kat luar sana..
Pertama sekali sebelum mula nk diet ni..
Gi timbang berat..
Prepare satu booknote kecik (untuk tulis apa yng dimakan setiap hari)

Ok permulaan Breakfast
Aku suggest kan no NASI LEMAK hiks..
apa yang aku makan selalunya

Breakfast
Roti Gandum/ @ Wholemeal bread..
With TUNA + salad@timun@tomatoes(Boleh tukar telur rebus/sosej/jem/butter/apa2 yg terlintas di hati)
Air Nescafe(boleh tukar milo/tea/tea halia/nestum) once a day jer yer ini as reward permulaan hari yang indah ececehhh..




Lunch tips..tommorow update ya..check it out

Friday, May 22, 2009

Transformasi Mummy Ha Ha Ha Perasan



2 Months ++ After giving birth
Ngam2 lepas pantang baru masuk keja ada majlis berbuka puasa (lihat betap besarnya lengankuuu woh)


Wednesday, 22 October 2008
3 BUlan after give birth (stiill bambam lar kan bobs ada susu laie)



7 Bulan After giving birth February 2009




This is me TODAY 22 May 2009 2.30pm(10 months after giving birth)


- Apa yang aku buat..
(menyusukan badan breast feed really help a lot)
mencepatkan process penurunan berat badan
- NO NASI at all
- Banyakmakan fast food hahaha seyes
- AIR KOSONG
- BUAH
- NO NASI AGAIN
- DISPLIN YG TINGGI
sanggup? nak petua? nanti aku perturunkan..tapi kena DISPLIN ya..

Thursday, May 7, 2009

Ayra Menjulur sampai hilang dimata mummy

Nak tanya kalian..
Sekarang baby kita mostly dah aktif either merangkak or menjulur kan..
So kalo u all buat kerja / or pi dapur / toilet etc etc
Baby u all letak kat ner?
Dalam play pen? baby crib? walker??

Aku letak Ayra dalam walker jer.. then aku tinggal jap gi mandi ke, dapur ke masak bubur dia..
Tapi selalunya ayra nangis sebab dia x suka dok lama2 dalam walker..
Ayra kadang2 dia suka ar dok dalam walker
Kadang-kadang dia nak keluar nak duduk kat bawah
tapi..
Masalah problemnya..
Kalau letak dia kat bawah.
Mesti ilang..
kejap jer jumpa dia kat bawah meja atau bawah kerusi..
So.. apa pendapat??
share info boleh??

ps: gambar tu contoh.. hi hi h naper ada model anjing tu pun tak tau.. aku google playyard for baby sekali kuar gambar tuh..



Tuesday, May 5, 2009

Tips Bagi Ibu Yang Berkerjaya

MENYEDIAKAN SARAPAN
* Sediakan sarapan ringkas seperti roti dan telur hancur,jempu2 dan lempeng.
*paling tidak goreng makanan sejuk beku seperti jejari ketam,sosej,kentang.burger

Sepanjang dah duduk ngan parents, ni tak pernah sekali pun aku buat breakfast ... teruk betul kan!!

PENYEDIAAN MAKAN MALAM
* pastikan smeua bahan masakan disediakan lebih awal- Kupas bawang,kisar cili kering,daging atau ayam yang telah dinyahbeku *sebaik2nya beli makanan mentah segar setiap kali memasak *masak nasik terlebih dahulu. selpeas tu baru masak makanan yg lain

Ini pun sama, total up dah 18 bulan aku tak sediakan apa-apa untuk beckham..bad jer aku as wife

MENGOSOK PAKAIAN
*gosok pakaian sendiri,suami serta anak2 yg bersekolah untuk kegunaan seminggu pada hari hujung minggu.
* semburkan pakaian menggunakan cecair khas atau pelembut pakaian
*gantung pakaian bergosok td di tempat gantung khas supaya tidak berkedut dihimpit baju yang banyak.

Hmm ni mungkin tuah aku..beckham gosok baju sendiri, aku pulak ikut dan jer..tak berdisplin.

MENGEMAS RUMAH
*sapu dan kemas barang2 bersepah setiap hari
*kemas rumah setelah anak tidur untuk memudahkan kerja
*Hujung minggu- vakum dan mop setiap ruang rumah, tukar cadar,cuci bilik air serta lap habuk.

Bila kami balik umah kami, baru ar kami kemas umah, if not aku dok goyang kaki jer tak buat apa apa pun..teruk kan??

MENCUCI PAKAIAN
*Jika pakaian banyak,cuci pakaian di pertengahan minggu- kalau sikit cuci hujung minggu je, *cuci pakaian waktu malam dan sidai awal pagi sebelum pergi kerja
* sebaik pakaian kering, terus lipat agar tidak berkedut akibat lama terbiar dlm bakul.

Lalalala..again sumer bukan aku yang buat.. balik umah sendiri seminggu sekali jer aku buat.. tu pun bukan byk..isk isk isk..

MENDIDIK ANAK
*dedahkan buku dan kad imbasan sejak anak kecil
* jangan halang anak menconteng sebab sbb kreativiti itu tiada batasan.-tapi pastikan mereka conteng atas kertas dan bukannya didinding.
* sejam sekali pastikan anak membelek buku sekolah,buku cerita atau komik utk menggalakkan pembacaan.

Hmm yang ni aku bangga..memang aku dok ajar ayra flash card tuh

* tips ni aku dapat dari sini...
* Kalian camner? dare to share??