Betul lah orang kata..
Buat sesuatu menda tanpa pengetahuan..
Memang membuatkan kita terpinga-pinga..
Tapi bila kita dah ada pengetahuan tentang apa yang kita lalui sekarang..
Everything look so different.. and rasa tenang jer..
Pengajarannya, kita kena tahu apa yang sedang kita buat and lalui sekarang..
:)
Last sunday.. mummy and daddy gi Atenatal Class..
It's Free!!!
Hi Hi Hi
Ada Makan (Tu yang best tuh sedap lak tuh)
Ada Goodies (banyak lak tuh)
Yang paling penting.. pengetahuan yang tak ternilai sangat..
Kelas start kul 845 pagi,
Sebelum tu ada bfast apa sumer.
Aku makan nasi lemak. kuih muih sumer
Beckham minum air jer.. (pasal sblm tu dah bfast roti canai)
Buruk lantak kan aku??
hi hi hi
Then Class start..
Antara topik2 yang disampaikan..
- Amalan semasa mengandung dan menyambut kelahiran dalam islam
(About aqiqah, cara nak bercukur, nak bagi nama, nama-nama yang baik, nama yang patut dielakkan.. baru aku tahu..elakkan memberi nama-nama Allah (99) tuh.. kalo nak juga letak Abdul or Muhammad tapi mesti gelar or panggil degnan nama penuh, Contoh Jalil (salah satu nama Allah, So letak nama Abdul Jalil, but mesti panggil ngan panggilan penuh Abdul Jalil)
- Bersalin normal dan bersalin Vakuum dan Forcep
(Yang ni aku ngeri tengok alat forcep dia..besar betul besi dia siap bunyi tang tung tang tung, any mommies dearies out there yang pernah pakai forcep??)
- Pembedahan Caesarean
(yang ni aku no komen, semoga urusan bersalin ku dipermudahkan..)
- Imunisasi Bayi dan masalah neonatal
(sekarang ni diaorang galakkan ambil suntikan pneumococol, RM 280 x 3 kali setahun, kat klinik kerajaan belum ada lagi, but tak lama lagi suntikan ini akan jadi wajib macam suntikan pelalian lain untuk bayi, Insyallah aku nak amik untuk baby kami nanti..)
- Pengurusan sakit semasa mengandung (Epidural)
(Memang niat hati aku nak pakai epidural, after tengok prosedur diaorang buat camner and doktor explanation aku rasa yakin aku nak epidural nih, pasal aku tahu tahap diri aku nak terima kesakitan tu tahap mana.. beckham pun dah ok.. mula2 dia macam tak berapa setuju pasal suntik tulang belakang kan.. (yer ar banyak dengar orang cakap))
- Sel Stem
(yang ni kami macam nak.. tapi bila memikirkan bayaran tahunan RM 2000 x 21 tahun tuh.. tapi memang berbaloi ar.. hmm my mom pun macam galakkan.. consider macam insurance ar takper insyallah pikir dulu nanti baru wat keputusan)
- Nutrisi Ketika Mengandung
( yang ni aku rasa aku dah telebih nutrisi lalalala)
- Penyusuan Susu Ibu (Kepenting, teknik dan cabaran ibu bekerja
(Memang niat aku nak menyusu kan baby sampai lama-lama (2 tahun lar kalo boleh) kata doktor tak semestinya tetek besar ada susu and tak semestinya tetek kecik takder susu.. hi hi hi, sumer kena tahu teknik..baru ar aku tahu camner nak susukan bayi, camne nak kasi puting tak sakit kena gigit ngan baby, kalo tetek bengkak nak buat apa.. sangat teruja aku dengar.. beckham pun take note.. tapi tuh lah pam susu yang aku beli tu ..rasa nya tak usefull ar.. pasal dia pam puting instead of pam seluruh benda hitam tuh.. (aku baru tau ok) so semalam belek2 pam susu yang bagus tu mak aih ratus ratus tu harga dia.. tapi demi cabaran untuk menyusu insyallah aku nak buat juga, tak mo give-up awal-awal)
- Persediaan kelahiran dan peranan suami
(yang ni best..masa doktor tanya suami sapa yang nak masuk labor room..ramai yang angkat takut-takut termasuk beckham aku! Ceh!! hi hi hi doktor ajar para suami macam mana nak urut/calm isteri masa tengah bersalin..syok woo kena urut.. hrap2 beckham kuat hati ar dia nak masuk labor room tu aku takut dia pitam jer)
- Senaman semasa mengandung, teknik pernafasan dan teknik urutan semasa bersalin
(kena belajar kemut ar pulak.. terkemut2 ar para2 ibu lama lak tuh, then baru aku tau if kontraksi datang camner nak nafas,it's really help me..pasal skrang ni perut aku kerap sakit (kontraksi braxton hitch) ..so dengan pernafasan yang betul aku dapat control ar tahap kesakitan tu.. and diaorang ajar camner nak push.. baru aku tau.. beckham pun cuba sekali)
- Penjagaan ibu selepas bersalin
(yg ni aku no komen gak, tunggu my mom and bechkam jaga aku camner hi hi hi)
No comments:
Post a Comment