Monday, August 30, 2010

Salah email da

Ha ha ha
akibat banyak blog
salah email address daaaa
soriii...

tak faham takper
kalau yg sempat baca
salah blog lar

Thursday, August 26, 2010

Bercakap pasal tahi.. ada yang boleh makan

Rupanya
ada taik yang boleh dimakan
1st time dengar..
tu pun..
aku dapat dari facebook
so google lar..



Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.

Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.

Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.

Kuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak yang biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala mas dan seperti dengannya. Kuih tahi itik biasa boleh didapati di pasar, pasar minggu, dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah, ketika banyak majlis perkahwinaan diadakan.


so wikipedia pun ada penjelasan..

he he he..sedap ke??






Tuesday, August 24, 2010

Milo Ais Dinosour

Baru Tahu
Ada minuman macam nih
nama dia MILO AIS TABUR
or MILO AIS DINOUSOUR!

giler ar..
sedap nampak
kalau minum nih
mau tak berak sebulan

Korang nak??
aku nakkk..
kat mamak ada tak eh?


Nak mula belajar memasak!

Mungkinkah selepas ini..
Aku dah kena belajar memasak kat MakcikRehan atau OLI
Or dah kena pi kelas2 memasak...
Mostly.. tempat2 favourite aku
Dah tak halal!
Pappa Rich one of my feveret..nasi lemak kari ayam!
Allah..ampunkan aku..!
Baca email kat bawah



Jumaat, 2010 Julai 30

Jejak Dakwah Lapangan Ust. Halim". Operasi Pappa Rich Restoran,


Laporan Ustaz Abd. Halim Zakaria

PUM (WIL)/UNGGAS-LANDAS KL /Pejalar PhD, Jab. Dakwah & Pembangunan Insan, UM.



 


Kuala Lumpur, Khamis, 29 JULAI 2010 -
Rentetan kisah benar dalam "Jejak Dakwah Lapangan Ustaz Abd. Halim". Operasi Pappa Rich Restoran, 23b Julai 2010, Kepong Prima, Kuala Lumpur.



Bila tersebar sahaja berita di media massa mengenai ayam yang tak sembelih dan penyalahgunaan LOGO HALAL, ramailah yang memberi pandangan tentangnya. Namun mereka (orang Islam) tak pernahpun merujuk kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw. Maka kita tidak beriman dan mengikut surahan dan peringatan Nabi saw di Khutbah Yang Terakhir, antara sabda Nabi saw; "Berpeganglah kamu kepada al_quran dan SunnahKu, nescaya kamu tidak akan sesat". Oleh kerana kita tidak endah akan suruhan Nabi maka banyak penyelewengan dari berbagai aspek melanda umat Islam kini, khususnya di Malaysia.

 


Kalau saudara seislam semua nak tahu, logo HALAL yang dala gambar tu bukanlah logo HALAL JAKIM yang terkini, dah bertahun pihak JAKIM mansuhkannya. Pentaulihan HALAL hanya diberi oleh pihak JAKIM dan bukan daripad agensi-agensi swasta seperti yang dipakai oleh Restoran Pappa Rich ni. Sijil HALAL ni tidah sah dan orang Islam ditipu sekian lama.





Sedangkan ia amat meragukan, apatah lagi tempat yang kami buat pantauan (premis penyembelihan) di Jinjang Utara, Kedai Kim Foog Trading, kami dapati tercatat dalam resit belian pada Jun 2010 ialah Restoran Pappa Rich, bernial RM4,623.00 sehingga 10hb Jun 2010. Kami tak tahu Restoran Pppa Rich yang mana, tapi bagi memastikannya kami buat operasi HALAL. Pada pagi Jumaat 23hb Julai 2010, sekitar jam 10 kami buat inspection di segenap penjuru restoran berkenaan. Turut hadir beberapa kakitangan dari JAKIM, Ustaz Amri, JAWI Ust Fatah, Jabatan Hal Ehwal Pengguna, saya sendiri PUM (wil), bagi mendapat pengesahan mengenai perkara tersebut.







Ini satu lagi kes, restoran kat PUDURAYA, tepi Mayban, yang menggunakan Sijil HALAL yang tak sah dan dimiliki oleh orang India. Malahan di penjuru atas kanan restoran tersebut ada "menderam"@ pelaris Hindu, supaya ramai pelanggan datang.



Ramai orang Islam ke sana ustaz perhatikan. Siapa pedulikan, firman Allah swt dan sabda Nabi saw;


Firman Allah:



 


"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik.
(al-Maaidah: 88)



 


Rasulullah bersabda:



 


" Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, dan lebih baik dijauhi."
(Riwayat: Bukhari dan Muslim).



 


Hadis Rasulullah S.A.W.

"Sesungguhnya Allah S.W.T. mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu, oleh itu jika kamu membunuh, perbaikilah cara membunuhnya. Apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara sembelihannya serta tajamkanlah pisaunya untuk memudahkan penyembelihannya."
(An-Nawawi, Sohih Muslim)










 

Ayam yang diletakkan di bahagian luar belakang restoran tersebut. Fikirlah kalau anjing selongkar, bagaimanalah keadaannya. Kita pula makan! Sabda Nabi saw:

 

"…Ingatlah bahawa dalam tiap-tiap badan itu ada segumpal daging, apabila ia baik, baiklah seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah badan seluruhnya, ingatlah iaitu HATI".
(HR. Bukhari dan Muslim).

 

Tak lama lagi Ramadhan akan muncul, makan segalanya terdapat di pasar/bazaar Ramadan. Kebanyakkan dari ayam. Nasi ayam (memang ayam), sup ayam, ayam percik/bakar, sosage, nugget, nasi goring ayam, mee hailan dll. Semuanya ada ayam.

 
 


Renungilah hadis di atas, siang hari kita berpuasa, malam kita banyak beribadah, takut apa yang Nabi saw. menyembut "ramai yang berpuasa, tetapi sekadar dapat lapar dan dahaga", sebab makanan yang tidak halallan thoiyyibah. Doa yang kita pohon tidak diterima dan tidak diangkat ke langit, juga tidak dimakbulkan Allah swt. disebabkan HATI/seluruh rohani dan jasmani kita kotor. Kita makan bangkai, kita banyak berpegang kepada perkara-perkara syubhah yang akhirnya medorong/melakukan kepada yang haram. Sabda Nabi saw;

 
 


"…barang siapa yang menjaga dirinya daripada perkara-perkara syubahah sesungguhnya ia bersih dalam agamanya dan kehormatannya, dan barang siapa terlibat dengan syubahah nescaya terlibatlah ia dalam melakukan perkara-perkara haram…"
(HR. Bukhari dan Muslim).

 
 


Firman Allah swt; Al-Maidah 3.

"diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini,…"



Sabda Nabi saw dalam hadis yang masyhur;

"Setiap daging yang tumbuh hasil dari yang haram, api nerakah yang lenih utama baginya".

Maka bertakwalah dengan sebenar-benar taqwa dan berpeganglah kepada al-Quran dan Sunnah Nabi saw. nescaya kita tidak tergolong bersama orang-orang yang sesat, mengikut jejak langkah syaitan… al-Baqarah 168.

 


"Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu."



Lalu, tanpa kita sedari kita menjadi penghuni neraka, terutama mengenai soal perkara-perkara yang bersangkutan dengan SYIRIK. Akhir kalam, SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK, mogo kita diampunkan Allah dari segala dosa-dosa yang kita lakukan, insyaAllah.


Di bulan Ramdhan ini, pihak berkuasa JAKIM member kelulusan HALAL kepada setiap hotel-hotel untuk menyediakan juadah berbuka puasa HANYA SEBULAN, namun banyak penyelewengan yang berlaku, terutama hotel-hotel milik orang kafir. Alangkah baiknya zaujah/isteri kita yang masak, alangkah baiknya ayam kita sembelih sendiri dan proses sendiri, tak sampai 20 minit pun untuk seekor ayam. Kita yakin, dagingnya sedap dan HALALLANTOYYIBAH. Doa dan masakan iasteri-isteri Solehah akan lebih diberkati dan kita dijauhi Allah penyakit-penyakit kronik yang berbagai akibat makanan tidak HALAL.. Pahala makan isteri masak, pahala makan bersama keluarga jauh lebih besar dan afdalnya dari makan/beli diwarung-warung tepi jalan atau pasar malam/pasar juadah ramadan.

 


 
Temuilah ana, Ust Halim. Pada 7hb. Ogos 2010, jam 8.30pg-5ptg.

di Masjid Bukit Aman, KL. Seminar "PEMAKANAN DAN PENYEMBELIHAN HALAL",

anjuran Bahag. Khariah JAWI dan Masjid Bukit Aman.

Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat, dalam usaha kita

mencari keredhaan Allah melalui ILMU.


 

SAMPAI-SAMPAIKAN BERITA INI KEPADA SAUDARA SEISLAM, BESAR PAHALANYA. UNTUK SEBARANG KEMUSYIKILAN HUBUNGI :


USTAZ ABD. HALIM ZAKARIA (SMS/EMAIL 012-6625681 email
ahalimzaa@yahoo.com). ATAU jenggok-jenggoklah blog; www.urusetialandas.blogspot.com.
WASSALAM

 

Friday, August 20, 2010

Mc Donalds Adalah Halal..

AMARAN : ENTRY NI TAKDER KEPENTINGAN POLITIK ATAU TAK DA BAYARAN ATAU MAKAN PERCUMA

Sekarang ni tengah kecoh PASAL
Mc Donalds tak halal,
Pasal daging tak di iktiraf oleh JAKIM
sana sini berblog tentang itu
status FB pun sama

Oleh itu aku yang korang memang tahu
suka MC D
berusaha mencari kebenaran
cecehhh...

Pada pukul 3.04PM 20/8/2010, saya telah call pihak JAKIM di no :TEL : 03-83150200
Dan bercakap dengan CIK SUE - dan beliau telah menjelaskan ISU MC DONALDS TELAH LAMA SELESAI< DAN MCDONALD ADALAH BERSTATUS HALAL.

ALHAMDULILLAH!

ok so kawan2.
malam ni boleh berbuka ngan BIG MAC

btw.. surat tu diemail oleh MANAGER MD kepada aku..
untuk kesasihan..

catatan : OTWC confirm lar tak halal..dah jumpa kaki katak and dah masuk berita siap saman menyaman ok.. yang tu confirm tak HALAL (btw aku dulu selalu minum kat OTWC ice blended dia terbaik, tapi ada kaki katak lar pulak dalam mee kicap tuh)


Teringin wei!

Walaupun dah nak masuk 10 hari berpuasa
aku tetap terliur
kalau tengok makanan
yang korang tepek dalam blog
korang kejam tau
kejam ngan orang yang berpuasa
yang golongan macam aku
yang lemah iman nih
mencecer air liur
citer lar pasal lain
pasal kasut raya ke
pasal baju raya ke

meleleh air liur ni tau...
tapi sempat telan lah

hu hu hu

Balik ni nak cari

  1. Brownies walnut - Secret recipe
  2. Ayam Percik - Pasar poser
  3. Karipap Sardine - Pasar poser
  4. Onion Rings - A&W Kat taman connought
  5. Bubur Lambuk Kaler Putih - Pasar Poser
  6. Kuih Lopez - Pasar Poser

hah tuh jer lah setakat nih..


Thursday, August 19, 2010

Menanggung Kerja Orang

Esok start replace orang gi beranak
Honestly aku cakap
Aku tak happy
Tapi apa choice aku
Bos sendiri pun tak boleh nak backup
Aku cover bukan keja yang sikit-sikit
tapi keja yang besar-besar

tak ada bayaran pun
langsung walau sesen
kalo gomen
ada elaun tanggung kerja kan
ini langsung tak ada

alasan si rambut dawai tuh
"we not practise"
padahal sebelum ni
diaorang plan nak amik temp staff
ini lah nasib ku

korang pernah ganti kerja orang?
ada bayaran?
mesti ada kan..
korang buat dengan ikhlas?

sedih!
biler lar nak dpt offer kerja yang aku suka..

Wednesday, August 18, 2010

Tak dak lagi dah..

For Clarification
He he he
Atas sebab-sebab tertentu
dah habaq lama dulu..
maybe korang tak perasan kut

Blog ni no longer..
Tida akan bercerita tentang ayra..
nak tau tentang ayra mai tanya direct..
he he he
tanya aku jer
jangan lak bg alasan nak call beckham nak tanya pasal ayra
aku bakar blog korang he he he
(Aku penjeles terkuat)

Ok itu jer lah..
jadinya blog ni boleh citer/komplain apaer2 jer tau tau






Tuesday, August 17, 2010

Senarai Tak puashati

Blog ni
kalo takder citer komplain tak sah kan
nak tukar tajuk blog lar
BLOG COMPLAINT
Tuan BLOG tak reti bersyukur
he he he
(mengata diri sendiri tak salah)

Anyway nak complaint nih :

  1. Dah dpt email tak leh main FB waktu opis some1 is monitor, benci
  2. Tak der call / offer dari last company tuh - sedih
  3. Baju raya belum siap, tadi call dia cakap orang tu lom masuk lagi - yer ada byk masa lagi tapi biasalah aku nak cepat ajer
  4. Ayam golek yang biasa diaorang jual bulan pose tuh - tahun ni tak nampak bayang pun
  5. Aku kena ganti orang maternity leave - tapi takder apa2 bayaran...si KAP LAM YA NGA tu cakap..they not practise to pay ..hotak dia!
  6. Nasib badan tak pandai masak, beli lauk kat pasar ramadhan sumer rasa mcm masak ngan kaki - nasib badan
  7. Sebelum berbuka semua nak makan, - tapi boleh masuk sikit ajer pun so biler esoknya asik teringat2 makaTnan semalam
  8. balik kui 430 pun, jalan jem
  9. pagi-pagi nak datang kerja sekarang asik jem jer jalan langat - cheras - pj hu hu hu,
  10. biler reply dari celcom ke facebook asik masuk ke inbox orang , so orang assume aku nak hide, nak flirt, ada orang marah - haih nak kena exxplain sorang 2lak..

cukuplah complaint seploh tuh, esok kang takder update lak..

Monday, August 16, 2010

Belajar menerima ketentuannya..

*Update terkini..
Agaknya beckham baca kut blog nih, ari sabtu nak keluar umah
aku tegnok kasut crocs dah tergantung cantek jer.. dah cuci berkilat2
he he he
takder can ler nak beli baru..


Cerita terkini,
Semua orang tahu (orang yg baca blog ni lah)
Aku nak sangat tukar kerja
Dahpi interview sana sini
And alhamdulillah semua tempat aku pi
semua dapat..
tapi.. unfortunately aku reject atas sebab2 munasabah..

last 3 weeks
aku ada pi satu tempat nih (misi belum berakhir)
dah pi 2nd interview
aku memang berharap sangat dapat keja nih
sebab KALI INI
aku bertekad nak tukar kerja
aku dah tak tahan lar
orang soh bersabar
tapi dah tak tau camner nak sabar

Tapi.........
until today
tak ader orang call pun utk offer keja kat situ
so aku anggap tak dpt lar tuh
selalunya camtuh lah
yang aku nak selalu tak dapat
tapi kena bersangka baik kat tuhan..
Dia tak bagi sebab dia merencanakan yang lebih baik untuk aku kan?
so aku ni manusia
sikit sebanyak merungut
tapi aku belajar
belajar redha dengan kehendakNYA
semoga..
ada yang lebih baik lepas ini

OK tu jer la
luahan hari senin

Update terkini: INNA MACARENA DAH SELAMAT MELAHIRKAN BABY GURLZ SEMALAM..


Friday, August 13, 2010

Kasut dan Kepam

http://76.my/UserImages/Items/1007/15/cwa@2.jpg
CLARK IN RED

http://0.tqn.com/d/shoes/1/G/i/s/dr_scholls_shoes.jpg
SCHOLL IN RED



Kasut crocs aku dah kepam
Dah setaun dah
Last year beckham beli
during nak raya
dia belikan aku kasut raya crocs
sebab...
selalu balik kg
pakai kasut 4 inci
mesti terbenam heel tu dalam tanah
jalan pun terkedek-kedek
penuh nngan tanah biler naik keta..
(nak bergaya sangat kan hambikkk)


So tahun lepas pakai crocs
senang jer..
main sarung and comfy
orang belum masuk umah aku dah start makan..
(maksudnya masa pakai kasut heel nak kena bukak tali2 sumer)

tapi sekarang kasut tu dah KEPAM (alasan jer padahal leh cuci)
pi sana sini
aku heret Crocs ajer

so now..
tengah cari yang baru untuk raya
he he he
korang decide kasut raya apa?
yang ada heels ke
atau sandal ajer?

pesanan: lepas beckham dah beli Crocs tuh, pi jalan TAR..tengok-tengok ada jual sepasang RM15 ajer..dia mcm nak nanges jer aku tengok he he he
raasnya clark n scholl takder kutkat Jalan TAR tuh?


Thursday, August 12, 2010

Rajin ni tak macam selalu

Memang nafsu
semalam kan
beli chicken wing 5 bijik
kengkonon nak makan nih
waktu bebuka
dah berbuka
aku makan mihun goreng angsung terlupa nk makan
ekceli bukan terlupa
kenyang dah nak makan

then terus tido
pagi tadi sahur panaskan tu + goreng telor ajer lah
tapi pandang sebelah mata chicken wing tu pun tak nak!
rasa tak lalu
so beckham ajer yang habiskan..
ni skrang nih
tengah dok tringat-teringat ajer
bengong betui..

ni ha lah
chicken wing jenis camnih kat pasar poser tuh
bukan chicken wing KFC or PIZZA

http://farm4.static.flickr.com/3135/2824353290_5e9a63b551_o.jpg

Source Piccies: Diyana Photog.. ada website tuh ha

Bulan poser tetiba jadi rajin update blog
pasal per
pasal tak leh ngumpat
pasal byk masa
pasal nak abihkan masa

hiks..

Tips nak beli designer bag online

Lagi satu nak tambah
kalau tetiba jer baru tau dia baru balik bandong
Tetiba nak letgo bag LV original

Sila lar pikir patploh kali ok..
Yer ker original tu
unless ada resit. ada paper bag apa sume ntah tuh

ok sekian

Biskut LUtut pun sodap yo

Sejuk2 kat opis nih
Rasanya kalau dapat biskut lutut nih pun
Sodappp sehingga menjilat jari
kalah KFC and MEKDi

bulan pose ni
nak makan pelik2

http://3.bp.blogspot.com/_I3-5o6LnY2o/R8OUT5oCd7I/AAAAAAAABSw/2uaZ39sbac4/s400/izzat+006.jpg

SOURCE PIC: GOOGLE

Bangkit Sahur

Semalam sempat
Goreng telor ajer
Lauk lain panaskan dalam microwave
Tit tit..

He he he
Cadangnya nak buat
ikan bilis cili goreng kicap..
Tapi tak sempat lah
kui 5..baru bangun
terbabas...

letih betui!
macam tak pernah puasa ajer
padahal bukan buat apa pun kat opis
setakat main YM/FB/FILING/PHOTOSTAT SIKIT/TAIP SURAT/ANGAKT CALL..
apa yang letih pun tak tau lah..

ingat semalam nak cari lasagna
pi pasar poser tuh
HARAM langsung takdak..


hari ni nak makan kuih lopez lah
sedapnya!

Wednesday, August 11, 2010

Entri Ilimiah di bulan posa..

Dividen ASW 2020 tahun 2010

Dividen asw 2020 untuk tahun 2010 adalah 6.35% untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010. Jom tengok
track record fund PNB ini:

2007 - 8.00 %
2008 - 7.00 %
2009 - 6.30 %
2010 - 6.35%

Best tak? he he he..
sib baik tak kuar letak kat BAG..
kalo tak ..
tak merasalah

cara pengiraan.. korang darab duit saving dengan percentage nih.. kalo tak dpt gak..bw jer buku gi update kat bank/post opis he he he

FYI: kuota utk Bumiputera ASW dah abih tuh.. tak sangka orang melayu kaya2 kan.. bagus!

Tuesday, August 10, 2010

Hampir terjebak membeli online yang murah, yang dikatakan ORIGINAL

There are many fakes floating around eBay and other websites. Many claim to be authentic Louis Vuitton bags but most are actually not. Research the brand and become familiar with what makes a Louis Vuitton so special. An authentic Louis Vuitton bag has the following characteristics:


  • Louis Vuitton bags are very expensive. They are made out of expensive materials such as boa, crocodile, lambskin and camel skin. Fakes are made from pleather and vinyl and feel rough and stiff. A real Louis Vuitton is smooth and feels soft. The trim is done is Vachetta and will tan naturally as the bag ages. Most fakes are done in a light tan trim or a fake aged trim that will not change with age.
  • Since authentic bags are expensive, if the price seems very low then the handbag probably is not authentic.
  • Louis Vuitton stitching is done perfectly. You will not see loose threads or ends on an authentic Louis Vuitton bag.
  • Monogram placement is done carefully and is consistent on pieces. It will not be crooked or cut off. It will look the same on each style of bag.
  • Louis Vuitton does not discount, have outlets, sell wholesale or have their products in open air markets.
  • Tags are never attached to a Louis Vuitton bag. They may come with tags, but they are simply placed in the purse or dust bag.
  • If the bag in question is a style that cannot be found on the Louis Vuitton website, then this means that the bag is fake. There are not new styles coming out every season.
  • The hardware used on the bag is also an indicator. Fake bags will often have painted gold plastic whereas an authentic will have gold or brass metal hardware.

source from HERE

1 daripada 100 sebab..

Ekceli..antara salah 1 daripada 100 sebab naper aku nak resign!


I say:

smlm dtg keja... tak bfast beli roti kat KING = RM 5.40
pehtu lunch, gi makan besar sempena nak posa kat Pizza.
amikset lunch yg personal RM7.50
pehtu balik opis.. google jobstreet/facebook/ym/meebo/utube..
boring...
pehtu tgk2 jam..
pehtu tunggu2
lambat tui kui 530
pehtu google lagik
pehtu dh kui 530
pehtu balik..

lady21stcentury says:

wuihh...

I say:

dgr hotfm..
lepas tu jam..
lepas tu smpai umah
ayra tido..

lady21stcentury says:

kira2 dpt chat dgn akak n kwn2 len dpt ar ko buang2 masa eh..

I say:

akak diam jap leh tak?
pehtu..tgk mak masak nasi goreng
pehtu ayra bangun..
pehtu mama bg suprise
dia g soping pre-raya (dia kata bulan posa tak nak soping)
dia beli ariani..
ada sales RM25 free 1..
pehtu..
tunggu amie balik
mandikan ayra
makan nasi goreng ngan amie
basuh pingan
pehtu kemas2 beg
memula mama soh ayra tido umah ma
pehtu amie racun2 ayra nk bawa g kedai
pehtu ayra ikut balik
pehtu pi petronas beli coklat
pehtu smpai umah
siap2 ayra, basuh botol susu + mandi...sumer
pehtu tido..
abihhhhh
rutin gila!

hi hi hi..ok berupdate

Thursday, August 5, 2010

Tak geram dah..

Pikir yang baik- baik ajer..
Pikir yang indah2 indah

Dia Gemok Hitam
Aku tak berapa gemok tapi hitam gak lar

Dia pendek
aku tinggi 162cm

Dia pakai skirt nampak peha besar
aku dah tak pakai skirt pendek..so tak nampak dah peha besar

Dia tak pernah pi overseas
aku pernah.walaupun indon / thailand n spore ajer (sekangkang kera dari malaysia)
tapi atleast pasport aku berchop

Dia takder keta
Aku ada keta walaupun kecik ajer

Dia dok umah flat
Aku duduk umah mak ha ha ha lagi heaven kan?

Dia buat macam tu sebab dia takder life
Aku ada life, ada orang sayang aku..

Dia pakai bag tak der jenama
Aku pakai beg jenama ELLE ajer.. walaupun bukan LV

Dia pakai phone nokia yg kalau tinggal kedai makan pun orang tanak
Aku ada sony eksen..walaupun takder Blackberry / Apple

Ha cukuplah..
dulu..
so.. tak geram dah..

Thanks.. kak ida..

Geram lagi

baru khamis dah start geram semula
Go to hell lah!!!
sekarang ko pi cakap satu ois
aku kuat marah kan?

ha ko memang nak tengok aku marah!
tunggu ko tunggu!!

geram!

Tuesday, August 3, 2010

mengharap if dapat

Lagi 4 jam..
leh lar berangan-angan nak berbuka apa..

perkara pertamat terlintas

http://3.bp.blogspot.com/_gY5oZBB5ato/S9rkAERGbhI/AAAAAAAAAFA/I0LVWpJd9eg/s1600/15898496.jpg

Pehtu nak cempedak goreng

http://3.bp.blogspot.com/_-xYsrSFl2dw/SbnMEjLdVoI/AAAAAAAAArc/9H2N0j3zbic/s400/IMG_5091.JPG

adusssssssssss
tak tahannn
ok bunuh diri sendiri

tak mampu nak teruskan update lagi
banyak yang terlintas di hati

Masih berjuang

Masih berpuasa..
semalam dah selamat satu hari
kalau hari ni selamat sampai ke MAGRIB
ada lagi 2 days to go..

masih tak berani bukak blog Makcik rehan (terutamanya)
blog lain2 pun bukak sikit2
takut terserempak dengan makanan he he he
apa punya alasan lar kan?

aku ni bab poser
memang lemah
lembik giler
masa dulu2
waktu sekolah
memang selalu ponteng
balik umah minta nasi..
masa kat boarding school
ponteng gak..
kali ni ..siap ajak member2 ponteng
makan biskut merry + air coke
tapi bila time berbuka
aku yang awal2 kat dewan makan
ha ha ha
MAZA ko ingat tak??

sib baik
aku akil baligh lambat
tingkatan 5
so tinggalkan poser tu leh dimaafkan lah kan?
yer ker?
entah lah..