Monday, June 30, 2008

Tak dapek nak nolong ..
Bila malas menguasai diri
Apa pun tak leh wat..
Back to last weekend..

Saturday.
Mummy gi check up... (sorang-sorang)
Sian mummy, daddy keja tak leh cuti dah nak simpan cuti after mummy bersalin dia nak cuti 2 minggu katanya..
Nanny pun sibok lar pulak..
So terpaksa lar mummy gi sorang-sorang check up...
Sumer yang datang spital tu sumer berpasang-pasangan..
Ececehh.. jeles sungguh..

Check up routine..
Alhamdulillah sumer ok
Masa scan baby tengah isap tangan
Baby genggam tangan and isap..
Lapar ke? kan mummy baru lepas makan jer.. Nasi goreng sepinggan
Hi hi hi

Dr kata baby lom engaged..
But will be slowly akan turun..
Cepat2 ya baby..hi hi hi
Mummy macam dah x larat nak bawa perut nih..

So after this every week nak kena jumpa dr..
And every week is on saturday
Maknanya mummy kena gi sorang2
Huwaaa..sedih nya!
Tapi tak per lah berdikari..
kan kan kan..

Masa nak bayar tuh..
Dapat lak sample susu baby from ANMUM satu tin kecik
and play mat for baby (save tak yah beli playmat dah) lalalalala
Pehtu bawa balik..malam tu daddy dia yang main ngan faiz..
Best gak playmat tuh.. nanti mummy upload gambar ya!

Ahad
Pepagi kengkonon nak pi serang mydear warehouse sales..
Tapi mummy tak larat nak mangun
and pikir2 rasa macam nanti-nanti ar beli car seat and stroller for baby
Duit tu leh pakai untuk menda lain dulu..
So end up terterus tido atas katil..

PEhtu kat kul 10, mangun gi bfast kat bandar tun razak
Teruknya mummy ni makan manyak sekali..
Roti bakar, telur 1/2 masak 2 biji, roti jalan cicah kuah durian 6 bijik..
Hah tuh sekali breakfast tuh..
Daddy hanya makan roti bakar sapa mee sup jer.

Pehtu jenjalan lak ke Jejusco maluri..
Memang lar macam magnet ditarik-tarik
Ke baby department..
Daddy awal2 dah pesan..
tak yah beli apa-apa ..
Mummy iya kan ajer..
KEbetulan tengah sales..
Tapi memang mummy kuatkan semangat tak beli langsung apa-apa untuk baby..
So bulan nih allocation untuk baby masih ada lagi..
PEhtu jalan2 kat ladies department lak
Mummy rasa nak beli baju n kasut siap2
Sebab lagi 20 hari jer
Perasan betul..mummy nih..
Last2 try satu kasut Primavera size 6
Macam kaki gajah pakai kasut semut..
hu hu hu..
Kaki mummy sangat bengkak ..
Memang tak suitable
Tapi daddy sian tengok mummy dia soh beli gak..Mummy tak mo membazir.. mummy sabarkan hati..
Mummy kata kat daddy..lepas pantang nanti
Nak beli banyak2 sampai penuh lemari tuh.. hi hi hi
Lastly.. daddy yang dapat kasut
Yer lah selama nih pun asik beli barang baby n mummy jer
Daddy tu selai tshirt pun takder from last 8 months..So mummy paksa daddy beli kasut dia..
Daddy happy
Mummy happy
Baby pun happy kan kan kan???
Diskaun!!! Mummy tahan hati nih.. lagi 20 hari.. harap2 leh ar slim balik lepas nih..

Daddy tengah happy dapat kasut baru..



Nih kaki mummy yang bengkak teruk.. macam gajah pakai kasut semut!


Friday, June 27, 2008

Semenjak akhir pregnancy nih..
Hati aku lak sering tertanya-tanya
Hari ni ke
Malam ni ke
Petang ni ke
Tengahari ni ke
Jap lagi ke..
Hi hi hi..
Walaupun aku tau hari tu akan datang jugak..
Tak kan baby ni nak dok dalam perut aku lelama kan..
Dah lar perut nih dah macam belon..
Tapi tuh lah instinct tuh tak dapat nak bendung
Asik nak tertanya jer..
Macam tak sabar-sabar..
Bila harinya wallaahualam

And yes aku dah start bukak segala barang-barang kemas kat badan aku nih
Dari rantai leher, gelang, cincin, gelang kaki sumer aku dah bukak cuma subang jer lom bukak..
In case if nak terbersalin
Sumer dah ready
Gi serah diri camtuh jer lar..

Ari ni aku baca blog dilla (ingatkan dia dah bersalin pasal blog tak update hi hi hi)
Dia ada kuar mucus..
Aku pun ada gak lendir2 nih
Tapi aku ingat tu lendir keputihan biasa..
Tapi aku tak alert ar lelebih..
So lepas ni kena ar tengok
sama ada mucus tuh maacm yang diterangkan dalam website tu ke tak..

Nih antara tanda-tanda besar if dah nak bersalin
So aku kena alert ar..(baca banyak info tapi tetap tertanya2 and kadang2 jadi macam tak sabar)

Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:
  1. Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.
  2. Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.
  3. Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakang seumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.


Jadi, apabila anda mengalami tanda tanda di atas, maka bersiaplah untuk ke hospital dengan segera. Bagaimanapun jangan panik, kerana itu hanya tanda tanda, proses bersalin biasanya akan mengambil masa yang lebih lama lagi. Jika anda ingin bersalin buat kali pertama, biasanya untuk menunggu bukaan serviks dari 3 hingga 10 cm mengambil masa sehingga 8 jam. Ada yang sehingga 10 jam. Pengalaman saya sendiri antara 4 hingga 8 jam.


Ok mommies dearie sekalian, harap info di atas dapat membantu persiapan minda untuk tindakan kita nanti.. (harap aku tak panik ar, pasal aku ni loqlaq skit)

Thursday, June 26, 2008

Morning.. mummy dearies ..
Hari ni malas (hari-hari aku malas) nak mangun!
Malam tadi beckham tengok bola..
And aku lak tak leh nak tido
Perut memulas-mulas
kali ni confirm bukan pasal nak berak or kentut.. hi hi hi
Tapi alhamdulillah takder per
Maybe baby membesar and kedudukan posisi tidor aku pun tak berapa betul
Tuh yang buat sakit perut kut..

Pengalaman baru yang aku rasa..
Baby hiccup dalam perut..
Dulu aku tak tau pun gerakan tu dipanggil hiccup
Aku ingat kan tu pergerakan baby dok kick aku
Tapi after explanation by doktor kat kelas tuh
Baru lah aku tau..
Kalo tak baby chart movement tu aku tick sekali
Rupanaya kalo pergerakan yang macam tuh dipanggil hiccup
And oh ya Dilla.. kalo baby keras2 badan tu bukan pergerakan..
And tak boleh tick.. :D
Kita hanya boleh tick bila rasa dia kick jer..

Mummy Dearies pernah rasa baby hiccup (SEDU)??
Nak tahu camner rasa dia?
Ada satu ketukan kecil kat perut tak kuat sangat macam kena kick..
Tapi berirama dan berulang2
Ada orang yang boleh lama sampai 10 minit or less than that..
Pagi tadi aku rasa.. but tak sampai 3 minit..
Actually hiccup dia tak mengganggu dia pun..
Tak macam kita hiccup.. annoying kan..
Tapi bagi baby dalam perut nih.. diaorang tak kisah pun..

Nak tahu lebih lanjut pasal baby hiccup nih..
Sila click sini..
http://pregnancy.families.com/blog/feeling-babys-hiccups

Wednesday, June 25, 2008

Pst.. mommy's
tadikan.. baby wat gymnastik ke apa ntah kat dalam nih
Dok tak diam meliuk lintuk
tapi aku macam rasa tapak tangan kaki sumer naik..
Termengah2 ar aku.. tergeli-geli
sekali daddy dia call..
Aku ngadu kat daddy ckp baby notty nih.
Daddy soh pas tepon line..
aku pun pas..
Lepas daddy dia cakap
Siap dia main "sep - sep"
Dia kick2 aku..
Lagi meliuk lintuk..
Daddy cakap " Baby jangan notty mommy nak wat kijer..."
cute jer aku rasa..

Perut aku yang besar.. dalam ni ada baby..

Baby tengah dengar daddy cakap ngan dia..


Salam sumer mommy dearies..
Semalam tak update pasal takder citer..
Actually malas sebenarnya..
malam tadi kena cramp (tarik mengkarung)
Wohhh sangatlah sakit!!!
Dah lama tak kena..
Terjerit2 ar sekejap..
Kelam kabut ar beckham mangun, sian dia..
Cuba x mo jerit tapi sakittt !!!
ari ni jalan capik-capik..
Insyallah ari sabtu nih..
Genap ar aku 36 minggu
And dah start kena pi check up kat spital setiap minggu
Kali ni aku pi sorang ja..
BEckham tak leh cuti.. pasal dia leh cuti sekali jer sebulan
Lagipun dia nak simpan cuti.
Dia nak cuti lama katanya 2 minggu nak tolong aku jaga baby..
Insyallah..
Being 36weeks..
Aku semacam tak sabar lak nak bersalin cepat2
Padahal aku leh tunggu dengan sabar 8 bulan lepas??
Adakah ini sindrom biasa??
Setiap hari aku dok tertanya is it today???
Adakah hari ini or malam ini aku akan bersalin??
Semalam siap pesan ngan my mom..
Ingatkan jalan nak pi spital??
Nanti mana tau.. ternak bersalin kat opis..
aku pi terus jer dari opis..
walluahalam
Memang macam2 aku pikir..
Dah tuh setiap malam dok mimpi macam-macam..
Just nak share ngan sumer..
U all suker minum vitagen tak??
Vitagen bukan untuk budak2 kecik jer tau
Untuk pregnant lady sangat lar baik..
especially kalo yang susah nak berak tuh..
At least minum satu botol sehari...
Untuk bayi pun bleh tapi kena cairkan ngan air
And untuk budak2 pun bagus..
Aku memang feveret minum vitagen sebelum pregnant and selepas pregnant..
Pamplet nih aku dapat masa gi antenatal class hari tu ..
So just share ngan mummy out there..
and sumer..
Sapa yang susah berak tuh.. sembelit ke apa ke minum lar vitagen..!!
Aku suka beli vitagen kaler pepel (kat jusco sekarang ada promotion 10 botol RM 7.15)


Pehtu nak citer pasal susu..
Aku tak suka minum susu..
Tapi semenjak preggy nih kena minum susu kan..
sekurang2nya aku minum susu segelas jer sehari
Tapi kalo susu berkrim yang lain makan ngan cornflakes
memang aku suka.. kata doktor takper asalkan aku makan / minum benda yang dibuat dari tenusu..
So far ini jerlah susu yang aku minum dari start preggy smpai ar skarang..
Ada byk choice susu..
Kalo sesiapa yang kerap cramp.. minum ar susu bebanyak..
Tapi aku dok bergantung kat vitamin calcium yang doktor bagi tuh..
Alhamdulillah so far ok jugak..
Aku selalu beli susu dutch lady yang coklat or strawberry tuh..
So biler aku dah minum susu tuh.. aku skip ar ANMUM nih..
Memang tak sedap ANMUM nih.. sapa yang pernah minum tau lar!!

Aku rasa sempat kut stok ni sampai aku bersalin..
Ekekeee..

Monday, June 23, 2008

Betul lah orang kata..
Buat sesuatu menda tanpa pengetahuan..
Memang membuatkan kita terpinga-pinga..
Tapi bila kita dah ada pengetahuan tentang apa yang kita lalui sekarang..
Everything look so different.. and rasa tenang jer..
Pengajarannya, kita kena tahu apa yang sedang kita buat and lalui sekarang..
:)
Last sunday.. mummy and daddy gi Atenatal Class..
It's Free!!!
Hi Hi Hi
Ada Makan (Tu yang best tuh sedap lak tuh)
Ada Goodies (banyak lak tuh)
Yang paling penting.. pengetahuan yang tak ternilai sangat..
Kelas start kul 845 pagi,
Sebelum tu ada bfast apa sumer.
Aku makan nasi lemak. kuih muih sumer
Beckham minum air jer.. (pasal sblm tu dah bfast roti canai)
Buruk lantak kan aku??
hi hi hi
Then Class start..

Antara topik2 yang disampaikan..


- Amalan semasa mengandung dan menyambut kelahiran dalam islam
(About aqiqah, cara nak bercukur, nak bagi nama, nama-nama yang baik, nama yang patut dielakkan.. baru aku tahu..elakkan memberi nama-nama Allah (99) tuh.. kalo nak juga letak Abdul or Muhammad tapi mesti gelar or panggil degnan nama penuh, Contoh Jalil (salah satu nama Allah, So letak nama Abdul Jalil, but mesti panggil ngan panggilan penuh Abdul Jalil)


- Bersalin normal dan bersalin Vakuum dan Forcep
(Yang ni aku ngeri tengok alat forcep dia..besar betul besi dia siap bunyi tang tung tang tung, any mommies dearies out there yang pernah pakai forcep??)


- Pembedahan Caesarean
(yang ni aku no komen, semoga urusan bersalin ku dipermudahkan..)


- Imunisasi Bayi dan masalah neonatal
(sekarang ni diaorang galakkan ambil suntikan pneumococol, RM 280 x 3 kali setahun, kat klinik kerajaan belum ada lagi, but tak lama lagi suntikan ini akan jadi wajib macam suntikan pelalian lain untuk bayi, Insyallah aku nak amik untuk baby kami nanti..)


- Pengurusan sakit semasa mengandung (Epidural)
(Memang niat hati aku nak pakai epidural, after tengok prosedur diaorang buat camner and doktor explanation aku rasa yakin aku nak epidural nih, pasal aku tahu tahap diri aku nak terima kesakitan tu tahap mana.. beckham pun dah ok.. mula2 dia macam tak berapa setuju pasal suntik tulang belakang kan.. (yer ar banyak dengar orang cakap))


- Sel Stem
(yang ni kami macam nak.. tapi bila memikirkan bayaran tahunan RM 2000 x 21 tahun tuh.. tapi memang berbaloi ar.. hmm my mom pun macam galakkan.. consider macam insurance ar takper insyallah pikir dulu nanti baru wat keputusan)


- Nutrisi Ketika Mengandung
( yang ni aku rasa aku dah telebih nutrisi lalalala)


- Penyusuan Susu Ibu (Kepenting, teknik dan cabaran ibu bekerja
(Memang niat aku nak menyusu kan baby sampai lama-lama (2 tahun lar kalo boleh) kata doktor tak semestinya tetek besar ada susu and tak semestinya tetek kecik takder susu.. hi hi hi, sumer kena tahu teknik..baru ar aku tahu camner nak susukan bayi, camne nak kasi puting tak sakit kena gigit ngan baby, kalo tetek bengkak nak buat apa.. sangat teruja aku dengar.. beckham pun take note.. tapi tuh lah pam susu yang aku beli tu ..rasa nya tak usefull ar.. pasal dia pam puting instead of pam seluruh benda hitam tuh.. (aku baru tau ok) so semalam belek2 pam susu yang bagus tu mak aih ratus ratus tu harga dia.. tapi demi cabaran untuk menyusu insyallah aku nak buat juga, tak mo give-up awal-awal)


- Persediaan kelahiran dan peranan suami
(yang ni best..masa doktor tanya suami sapa yang nak masuk labor room..ramai yang angkat takut-takut termasuk beckham aku! Ceh!! hi hi hi doktor ajar para suami macam mana nak urut/calm isteri masa tengah bersalin..syok woo kena urut.. hrap2 beckham kuat hati ar dia nak masuk labor room tu aku takut dia pitam jer)


- Senaman semasa mengandung, teknik pernafasan dan teknik urutan semasa bersalin
(kena belajar kemut ar pulak.. terkemut2 ar para2 ibu lama lak tuh, then baru aku tau if kontraksi datang camner nak nafas,it's really help me..pasal skrang ni perut aku kerap sakit (kontraksi braxton hitch) ..so dengan pernafasan yang betul aku dapat control ar tahap kesakitan tu.. and diaorang ajar camner nak push.. baru aku tau.. beckham pun cuba sekali)



- Penjagaan ibu selepas bersalin
(yg ni aku no komen gak, tunggu my mom and bechkam jaga aku camner hi hi hi)



Ni location kat ner aku gi antenatal class tuh.. makan dia ok lar sedap!!

Ai.. Daddy yang makan banyak.. aku nyer gambor takder malu!!

Sebelum kelas start.. ramai orang2 buncit yang aku jumpa.. hi hi hi..





Thursday, June 19, 2008

Malam tadi aku leh nangis teresak2
Pasal panas..
Kipas bukak sampai 3
Kipas kaki
Kipas Kotak
Kipas syiling
Aku nak mandi beckham tak kasi..
Sib baik ar ada beckham, dia lar yang memujuk
Tapi entah pasal panas semalam tiba2 jadi sedih
Pehtu aku nangis teresak2
Pasal...
Aku rindu katil aku kat umah..
Aku rindu bantal busuk aku
Aku tak leh imagine nanti dalam pantang nak pakai segala mak nenek sweater/stokin..
Huwaaa!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari nih 18/6/08
Mummy MC, pasal teman daddy gi tampal gigi..
Sian daddy.. gigi lobang..
Actually daddy cakap dia nak gi sorang
Tapi mummy yang malas nak kerja
Hi Hi Hi..
Pehtu gi jalan-jalan lagi kat midvalley (again)
Apsal eh dah dekat2 nak bersalin nih
Memang Pemalas tahap teruk sekali
Malas nak pi kerja..
Datang keja pun buat keja ala kadar jer..

Semalam memang x der plan nak beli apa-apa pun untuk baby
Tapi last sekali beli jugak, haih!
Beli drypers (28 Pcs) Kat care4 RM 14.90
So total yang ada sekarang dah ada 84pcs
Cukup kut untuk sebulan???

Then semalam memang rekod ar
Shopping tak sampai 3 jam
Aku dah ajak beckham balik umah
Betul2 letih and tak larat nak jalan dah
Aku just jalan2 kat jusco jer
Kalo aku ke midvalley sumer kedai aku singgah
Walaupun selalu pi..

So semalam smpai umah jer terus tido sampai kul 7 malam!
Pehtu lepas dinner apa sumer tido lagi kul 9 dah tido
Sekali ngan beckham aku heret soh masuk tido..

I'm 35 weeks dah? tak sangka

Tuesday, June 17, 2008

Alhamdulillah..
Buat saspender jer kan..
Ingat sakit perut pasal baby nak keluar dah..
Semalam balik umah..
Dapat Kentut.. + berak..
Lega perut nih..
Betul cakap applepie..
Sakit perut pasal aku makan pedas..
Hi Hi Hi
Lega sangat-sangat..
Tuh lah akibat makan tak ingat dunia..
Sumer main bedal masuk jer..selagi bleh masuk
Macam DBKL..

Yang sebenarnya sakit nak bersalin tu macamamana ya?
Susah kan kalian2 yang experience nak terangkan..
Btw..akar fatimah tu dah berbunga putih2..
Seramm...
Bersediakah aku??
Honestly aku memang penakut...
Kata applepie.. ingat nak tengok muka baby yang comel pasti aku akan boleh buat..
Lain orang lain rasanya..
Lain orang lain ujiannya..

Being 34 weeks..
Selamat Tinggal tido yang nyenyak..
Memang-memang aku sangat jeles tengok beckham tido nyenyak..
Malam tadi aku terkebil2 sorang..
Tengok kipas berpusing,
Dengar macam-macam bunyi
Sampai tiba2 naik seram sendiri..
Pusing kut ni tak kena kut tu tak kena..
Agaknya ini latihan untuk aku jadi mummy..
Yer lah nanti kena mangun wat susu..

pst..dearie mommies..
Kalian ada mimpi apa2 tak..
Mimpi baby ke..
Mimpi apa2 lah.
Mostly tentang baby..
Agaknya ini kurniaan kan..

Semoga kita semua dipermudahkan amin...

Monday, June 16, 2008

Alhamdulillah as at now 350pm..
Sakit perut dah kurang..
Tapi sekali sekala dia mai jugak lar sakit perut
Tapi yang bawah takder ar rasa apa2 cuma sakit perut + perut mengeras...
Cadang tadi waktu lunch nak pi panel klinik..
Tapi pehtu rasa mcm malass lak..
Rasa macam boleh tahan.
Tuh yang malas thu..
Yang penting nak makan.. hi hi hi
(makan lagi penting dari pi klinik terukkan aku?)


Tadi masa sakit sangat2 bila dia mai
terpikir nak call my mom..
terpikir nak call tok ..
tapi tak jadi.. takut depa risau
last2 sms beckham jer..
larh lagi teruk si beckham risau..
Siap nak mai amik aku and dia nak cuti..
Last2 aku kata takper lah sakit perut psl nak berak kut..
hi hi hi
Aku cuba fikir positif..
Pehtu dia call setiap 10 minit..
Nyesal lak cakap kat dia..
Wrong decision..
Nih gambar latest semalam
Tak reti nak rotate gambar nih
Please sila jangan komplain ok
Saya sangat tak lawoo.
Pasal kat kampung semalam panas membahang
Between dok control takut baby jatuh..
lagi.. baby dalam perut mummy pun dok tendang-tendang
Jeles kut, mummy dia pegang baby lain
Baby nih baru 3 bulan ok..
masa dia lahir berat dia 4.25kg..
Sangat kiut cerdik .. sangat
Kalian nampak aku macam kekok kann???
Eh nampak macam nak cekik dia eh..
ACtually aku dok geletek2 tengkuk dia
Bagi dia gelak.. nak tangkap gambar
Hi hi hi..
Itu jer lah citer..
Perut nih dok sakit gak ar (as at 4.04pm)
Kena pi klinik gak ar nampak gayanya
Mummy Nervous!
Pagi ni bukak blog..
Baca blog Elyn..
Dia nyer baby tak sabor2 nak kuar dah.
Sib baik takder apa2
Baca Blog Dilla PUn camgituuhhh
Sib baik dua2 kawan blog mummy nih ok..
Alhamdulillah..

Weekend..
Mummy balik kampung daddy..
Sumer orang cakap perut mummy kecik..
And perut masih tinggi
And mummy pun tak larat dah nak tolong-tologn kat dapur
Bila duduk nak mangun susah!!
Asik daddy kena tolong tarik..
So mummy banyak dok berbaring..
Plus, semalam panas sangat berbahang
Mummy mandi 4 kali ..
rasa penat sangat-sangat..
Ini bukan alasan x mo masak tau!
Hi Hi Hi
Bila diaorang tanya nak makan apa..
Cepat2 mummy cakap
Ayam Masak Lomak..:D
Tapi yang hairan
Bila time nak makan tak penat pulak
Laju jer.. sampai 5-6 kali tambah
U all imagine ar.. 5-6 kali tauu!!!

Ok so cerita hari nih..
as at 11am..
Mummy sakit perut..
Tapi bukan sakit sangat
Cuma terasa ar sakit
and Plus baby dok keras-keraskan badan
Rasa nak terberak
Gi toilte takder lak kuar apa..
Tapi tak berani nak teran..
harap2 sebab makan pedas jer lah..
Takder lar sebab baby nak keluar ke apa ker..
Takut!! Seram!!
Hu hu hu..
Rasa macam lom ready lagik nih..
Ya Allah..permudahkanlah..

Kalo tanda - tanda nak bersalin ni
Lain orang lain cara kan?
Lain tandanya..
Isk..
tak tahu dah nak tulis apa
Dok menahan sakit perut nih..

Oklah nanti mummy sambung citer lagi..
Ada gambar mummy ngan sepupu baby..
:) kekoknya mummy dukung sepupu baby tuh..
Camner lar mummy dukung anak mummy sendiri nanti!

Friday, June 13, 2008

Yuhu..
Hi Hi Hi...
Semalam mummy,daddy and baby .. cuti kan kan ..syok kan MC
Gi check up sebenarnya..
Awal pagi dah kuar dari umah.. tak sabar2 nak tengok baby dok wat per dalam perut tuh
Alhamdulillah.. semuanya ok..
Mula-mula terkejut gak..
Pasal doktor tegur cakap perut aku kecik..
And aku dah cuak dah..
Dia takut baby kecik..
Rerupanya aku dah 34 weeks..
Aku ingat still 33 weeks..
After doktor check size pala baby..
Everything normal..alhamdulillah
Baby dah besar.. berat baby semalam 2.27kg..
Baby dah dok kat bawah, tapi lom engaged..
Doktor kata nak jumpa aku setiap dua minggu lepas nih..
Next check up aku kena isi borang masuk spital..
Hu Hu Hu .. Debar!
Eh .. nak tau berat aku?? ha ha ha..
Sangat lah berat.. dah 68kg..
Sampai nurse tegur.. Banyak nya puan naik..
Bluwekk!! Nurse jeles kan kan kan?

Well lepas tuh.. gi jalan-jalan ar pulak
Aku mc, beckham cuti..
tau dek bos aku mati..
tapi takper kut orang pregnant kan.. no hal punya, sumer leh excused.
Beckham tanya nak gi mana..
Aku kata jom cari botol susu baby.. (Dr. Browns)
Kita gi one utama.. kalo ada rezeki baby
Ada ar diskaun..
Kat OU.. orang ramai gak
Diaorag ni tak reti p keja ke..
melilau gak pusing nk cari parking..
That's why aku suka gi midvalley
OU ni aku leh kira ngan jari baper kali pi sttahun..
Kat sana jenuh melilau..
Masuk Mom Cares, mother cares, apa ntah lagi..
Sumer takder diskaun..
Still normal Price 3 bijik RM 98.00
So beckham kata ..takper ar ada masa lagi 1 bulan..
Nanti kita cari lagik..
Pehtu aku masuk Guardian nak cari getah letak air panas tu (Untuk demah perut nanti)
Tetiba..dah memang rezeki baby alhamdulllah
Guardian lak boleh ada botol tuh Dr. Brown tuh..
Aku dapat 3 Bijik RM 81.80 (memang murah)
Terus ar beli..terus lupa nak beli getah letak air panas tuh..
Sok lusa ar baru beli tuh.. pulak

Pehtu Masuk Jusco, belek tu belek nih..
Compare price..
Last-last aku beli 3 lai towel kecik jer RM 3.10 after diskaun 20%
Untuk Baby ar jugak..ari tu dah ada 3 lai..tapi my mom cakap tak cukup 3 lai..soh beli tambah
Tengok gak baju kut-kut murah
Haram!! sumer mahal2 belaka..
Sama ngan harga baju aku 2-3 lai..
Last-last tak beli satu pun baju dia..
As at today baju baby dah ada 21 pasang cukup lar tuh insyallah..
Ohya.. semalam aku jalan sangatlah penat and letih..
7-8 kali singgah toilet buang air..
and aku dah pandai dah..masuk toilet khas tu
Selesa betul.. pehtu jalan 15 minit duduk 10 minit..
Hi hi hi.. sangat termengah-mengah
I need stamina!!



Lepas tu balik dari OU about 5 lebih..
Terus ke Bandar Tun Razak, cheras..
Tetiba aku cakap ngan Beckham jom kita gi Tesco Extra
Tengok-tengok jer .. keh keh keh (itu lah alasan selalu)
Pi tesco extra.. rerupanya mahal gak ar
Nak beli set bantal tuh..
Macam tak berbaloi jer..
Mahal gak (nak murah lagi wat sendirik lar eh)
Takper lah tunggu mydear sales nih 26 June..
Tunggu aku datang..
Aku borong sampai rentung poket!
Ok dak?


Balik umah.. almost maghrib..
Mandi apa sumer..
Makan apa sumer..
Kul 9 lebih aku dah berdengkur-dengkuran..
Penat sih.. tapi siok ar (psal tak keja memang siok walaupun penat terkangkang)

Nih lar blanket.. rerupanya aku beli ari tu salah da yang aku beli ari tu towel rerupanya!..tapi tak beli lagi Mahal nak mampuih!! tunggu next month ar pasal duit dah beli botol susu..

Nih stroller, aku tanya baby nak stroller nih tak.. dia keras2 kan badan dia..tak nak lar tuh kut pasal mahaii hi hi hi..

Beckham tengah belek puting (pacifier), tapi tak tau nak amik yang mana satu.. sumer sama jer.. (tengok dia ketap2 bibir pasal sumer mahai2 belaka hahahah makin botak ar beckham kat paler tuh)









Wednesday, June 11, 2008


Actually dah lama aku dok nampak orang bwa baby cam gini..
Tapi pada pemahaman aku and beckham
Aku ingat depa ni bawa cam gini pasal tiru orang indon (hi hi hi)
Pasal kat indonesia
Orang2 sana bawa baby kendong cam gini..
Cetek sungguh pemikiran aku kan..

Sekali pagi ni aku surfing internet
Terjumpa lak gambar nih..
Nama menda ni Hotmama Pouch..
Tapi aku terpikir kalo kendong anak cam gini
Tak sakit pinggang n bahu ke??

Kak oren.. penah bawa anak2 akak cam gini?
Nampak vogue ar pulak.
Ke sebab model2 tu vogue..
Hi Hi Hi..









Tuesday, June 10, 2008

Barang - barang yang aku sempat pack (malas pack pun) teruk mummy nih

For Baby
  1. Baju and Seluar (mostly aku pack body suit & Romper 2 pcs)
  2. Mitten n Booties 3 sets aku packing.. takut tak cukup
  3. Blanket Baby baru jer aku beli ari ahad lepas 1pc jer
  4. Topi 1 pc jer
  5. Barut (lom lagik..) 2 pcs
  6. Napkin/Lampin (lom lagik) 4 pcs
  7. Lampin Pakai Buang aku bawa 1 pack ada 28pcs jenama mamypoko
  8. baby Wipes 1 pack
  9. Minyak telon / minyak yuyi (tak beli lagik)
  10. toiletries Complete set jenama anakku (kat mydin RM 8.90)
  11. Feeding Bottle - 1pc (lom masukkan dlm beg pasal lom basuh)

For Mummy (Me)



  1. Baju Butang depan - 2pcs (lom lagik..yang lawo2 takder yang seksi2 byk hi hi hi)
  2. Kain batik 2 pcs (lom siap jahit getah lagi this week baru nk pi amik kat kwn aku)
  3. Towel - 1 pc (ada lam almari tapi lom amik)
  4. Sweater (Beckham kata nak beli baru sebab yg lama dah lusuh)
  5. stoking 3pcs (sumer free gift)
  6. nursing bra 2pcs (beli kat tesco jer RM 4.90 satu)
  7. nursing pads 1 paket 5pcs (tak kan nk bw satu kotak kut)
  8. Disposable panties & maternity pad - 1 pack (beli kat anakku)
  9. Slipper (aku heret yang ni jer lah kut)
  10. toilettries aku amik yg MAS nyer complimentary gift tuh..dalam tuh complete set..
  11. Air/Minyak Selusuh/Air zam-zam (lom pack..nak simpan dlm botol kecik)
  12. Plastik Bag (lom lagik, utk wat tempat baju kotor)
  13. Kad Hospital (Dalam keta nanti terus letak jer)

Extra

  1. Car Seat (lombeli maybe nak cari baby carrier jer kut)
  2. Book / CD / Alquran (lom simpan)
  3. Camera (lom recharge batery)
  4. Food (untuk beckham and my mom) lom pack pun

Itu lar antara serba sedikit barang2 yang aku dah pack.. akan aku cuba sedaya upaya memenuhkan segala bag2 tuh.. hi hi hi kang yang kelam kabut aku gak.. Kut2 ada kalian2 yang rasa me kena tambah apa-apa kasi tau yer..




Saturday, June 7, 2008

Saturday
Mummy happy sangat..
Pasal daddy cuti ari nih..
Dalam setahun leh kira ngan jari jer daddy cuti ari sabtu..
Nanti kalo baby dah kuar..
Tinggal kita dua orang jer lar kalo hari sabtu.
Daddy keja full day..
Mangun awal pagi..taksabar2 nak jalan ngan daddy ari sabtu..
Gi umah my friend antar kain batik untuk dijahit (letak getah)
Then rezeki orang pregnant kut..
Dia jamu makan nasi tomato..
Apa lagi rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari
Since tak breakfast lagi so kiranya brunch sekali ar..
Lepak2 jap umah dia..sembang2 tanya tip-tip kat dia.
Yer ar dia dah 4 anak..
So far..aku bersyukur.. pasal dia preggy mabuk 9 bulan..
Masyallah sian kat dia..
Aku yang mabuk 1-4 months pun rasa terseksa..

Lepas tu gi jumpa another kawan
Makan kat TGIF..dah lama aku dok nak makan mozarella
ORder Three For All..aku ngan beckham
Member aku order set lunch 39.90 + Ice Cream Sunday Friday..
Total makan RM 129++
Nak makan punya pasal pejam mata jer lah..
Hi Hi Hi..

Lepas tu separate, dia balik umah, while aku ngan beckham gi midvalley
Entah kenapa ari tu tak jem pulak midvalley
Selalunya sesak banget!
Terus ke tempat yang dituju..
Actually aku ngan beckham dah plan nak beli apa..
Sebab aku dah tak larat nak melilau macam dulu-dulu..
So 1st tempat gi jusco children department..
Cari Tilam.. + my mom dok pesan soh beli blanket untuk baby..
Aku ingat blanket tu balut jer lah baby tu ngan lampin..
Mana tau my mom dok bising soh beli..
So at last aku dpt gak beli tilam.. yea yea yae (abih pencarian for tilam)
Tapi tilam jer.. bantal2 apa sumer takder tuh..
Blanket pun kat jusco macam tak worth nipis nak mampus tapi harga dekat 30hinggit!!!
Yang tu cari lain kali..

THen terus ke farmasi kat jusco tuh
Nak cari stretch mark cream
Dapat ar Franch Stretch mark cream RM 21.80
Tapi bau kureng skit..
Tapi nak wat camner kena ar pakai..
Then aku dah tak larat nak jalan..
Tu pun dah dekat kul 8 ...
Terus balik.. sampai umah terbongkang depan tv..
Beckham start ar tengok bola EURO 2008 tuh..
Aku Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ngan baby pun Zzzzzzzzzzzzz
Penat sih!!!








Friday, June 6, 2008

Hari ni halfday morning..
Malas nak mangun pagi..
Mama buy breakfast roti canai 2 keping each..
Ha ha ha
Since harga minyak naik nih..
Roti canai jadi kecik besar CD and cost the same..
Giler ah!!!

Lepas tuh, aku speedup kemas beg baby and beg aku ke spital..
(baru nak kemas okeh, mummy sangat pemalas)
Tu pun tak complete..
barang baby botol susu lom masukkan..
Perlu ke eh? bawa gi spital..
Kang doktor soh breastfeed jer kang.
Bawa jer lah eh..
Aku nyer beg langsung tak complete
Baju button depan,sweater,slipar, sumer nih lom ader lagi..
And ada a few barang dalam list ar..Yang lom settle..

Lepas tu aku siap2 gerak ke opis..
Gi jalan2 kat amcorp mall..pasal aku smpai awal..
Lunch mekdi (again!!!!)
Aku nak cari stretch mark cream..
Tapi macam tak leh decide nak pakai apa..
Awal pregnancy dulu.. takder pun nampak macam nak kena stretch mark
Ni last trimester nih..nampak macam nak jadi jer
DUlu aku pakai johnson baby cream jer..
Apa stretch mark cream yang berkesan eh??
Tuh pun pasal aku belek perut aku lebih sikit pagi tadi
Yar lor selalu rush nak pi kerja, pehtu rush nak solat apa sumer..tak sempat nak belek..
ha ha ha
Yang aku nampak kesan stretch mark tuh..kat bawah perut and betul2 dekat ngan "Ci*ap
Any suggestion? mummy??

Thursday, June 5, 2008

Wah..havoc..
Terkejut.. tergempaq
Minyak naik mendadak.. RM 2.70/liter..
Terkejut mummy and daddy..
Lepas ni kena wat planning kaw-kaw
Baby terkejut tak??
Agaknya baby pun tak suka kan..
Tuh lah pasal baby dok pusing - pusing dalam perut mummy ..
Aktif betul..
Baby pun nak marah pak lah eh??
Hi Hi Hi

Ari ni jalan very the clear...
Agaknya orang dah start naik perkhidmatan awam kut?
Or orang malas dah nak gi kerja..
Sumer orang dah nak duduk umah..

By the way.. semalam my mom soh pulak aku minum air akar fatimah..
Kebetulan bulan 4 ari tu dia baru lik umrah..
Rezeki aku ar dia dapat beli akar fatimah tu..
Pehtu awal2 dulu dia memang dia tak bagi minum
Katanya to early..
Now dah 33 minggu.. so sedang elok ar
Akar fatimah tu rendam dalam air zam-zam
Pehtu minum
Rasa.. masyallah...
Tak sedap langsung..
My mom kata lagi..kalo akar fatimah ni kembang bunga
Maknanya aku nyer rahim tu pun dah mengembang wallhualam
Tapi kalo dah kuncup jangan minum ..
Takut rahim tu menguncup..
Entahlah...
Aku ni macam2 minum
Sampai beckham kata..
Kang mabuk lak.. minum macam2
Tapi aku rasa kita ikhtiar
Dan selebihnya doa banyak2 kat allah..

So rutin aku sekarang nih..
Pagi - pagi minum olive oil satu sudu + kurma (pasal tak sedap itu olive oil)
Kat opis after breakfast - Ubat doktor Obimin + calcium
After Dinner/Sebelum Tido - Air Akar Fatimah + oilive oil satu sudu..
Tuh belum dalam pantang lagik tuh..
Mak aku kata nak gi chowkit beli segala "mak nenek" jamu..
Hu Hu Hu..
Dia kata kalo yang pil-pil2 tu takut tak berkesan..
So dia nak beli jamu asli ..
Aduilar mesti pahit berdengung..
Tu belum masuk campur tangan dari tok aku yang kat penang tuh..
Nanti tah haper yang dia soh aku makan..
Akar-akar kayu yang direbus/ikan haruan dah semestinya..
Tak pasti camner aku nak telan ikan haruan tuh..
Dah lah tak makan ikan..
Tapi aku nak baik cepat..rasanya aku pasrah kut..
Tapi tuh lah pesan orang - orang tua..
Kena ar ikut banyak baiknya..

Tak tau lar sekarang ni aku berazam
Dalam pantang nanti nak pantang elok-elok
Pasal aku nak baik cepat..
Insyallah..
Aku nih penakut ya amat..
Semoga tuhan kuatkan semangat aku..

Ps: Mummy dearies u all ada rasa sakit kat ulu hati tak??

Wednesday, June 4, 2008

Morning..
Pagi ni malas n letih nak mangun pagi,
Pasal semalam bersengkang mata tengok citer Ugly Betty sama Desperate Housewife
Tuh pun tak abih...
Pasal sekerat citer dah tertido atas sofa...
Dulu leh ar beckham angkat masuk bilik
Nowdays..
Dia kejut jer lah.. pehtu jalan kaki sendirik masuk bilik hi hi hi
Yer ar bini dia dah besar.. ( hu hu hu)





Semalam lepas kan ngidam
Dapat gak makan durian
Dah ar mahal
Sekilo 8 hinggit..
So beckham beli 3 bijik jadi 25 hinggit
Makan ngan mama
Aku dapat ar makan 3 ketui..
Buat hilang ngidam..
Takut gak..kut2 BP naik..
tapi sampai dah terkuar-kuar air liur
Kalo lalu gerai durian..
harus ar kena beli kan...
Orang kata tak elok..
So kalo orang pregnant nak apa
Sila lah beli.. hi hi hi
Sib baik aku tak pernah ngidam nak yang bukan-bukan (insyallah)





Sekarang bila malam..
Tulang pinggul aku menjadi-jadi sakit..
Siksa betul rasanya..
Kadang-kadang sakit pun aku nangis sorang-sorang..
And Perlahan-lahan...
Takut beckham nyampah..asyik sakit jer..
Tapi..dia dengar gak..
kang dia turun katil tau tau jer amik minyak gosok pinggang n pinggul
Alhamdulillah.. tuhan kurniakan aku ngan hubby yang memahami
haih.. bila lar mummy ni nak berhenti "komplain"
Mummy memang redha sakit-sakit nih sumer..
Tapi mummy just nak luahkan jer..





And Lately nih..
Badan nih terasa letih sangat-sangat
Especially kalo berjalan laju (i means termengah-mengah)
Bak kata dongsanchai nak kena amik IRON??
Isk..my doc hanya bagi Obimin 30 + Calcium 30 Jer..






Entahlah..next check up 12 June 2008
Tak sabar nak tengok baby...
Apa lar dia dok wat tuh
Perut mummy macam ombak ..hari -hari
Daddy asik tergelak-gelak
Kalo baby dok keras2 kan badan
Siap cakap apsal tunjuk bontot kat mummy and daddy..
Baby dok wat per eh kat dalam tuh??


Semoga baby and mummy selamat dan segalanya berjalan lancar. Kalo ikut due date doctor bagi another 50 days to go.. (Insyallah)

Tuesday, June 3, 2008



Ari ni ..
Drive dari umah mama..
Awal giler aku keluar takut jem.
Sekali cuti sekolah daa..
Awal giler ar sampai..
Lepak dalam keta dulu..
Aku cuba tahan diri dari beli nasi lemak..
Dah ar last week 5 hari turut-turut makan nasi lemak semata
So ari ni aku beli mihun goreng lak + coq udang
Semalam mama kasi aku virgin olive oil nih
Soh aku minum
Besar giler botol dia..
yang si beckham ingat botol todi.. (arak)
Hi Hi Hi
Sib baik hanya minum 2 kali sehari
1 kali pagi before breakfast
and 1 kali selepas dinner..
And nasib baik lagi 1 sudu besar jer..
Tuh pun jenuh aku nak termuntah
Imagine ar makan minyak..
Cepat2 aku tawarkan ngan makan kurma kasi manis mulut..
Dah macam2 aku telan nih..
harap2 semuanya selamat and berjalan lancar..
Kita usaha dan tawakal kepadanya kan..
Semoga Allah memperkenankan..
Macam tak sabar pun ada ...
Macam takut2 pun ada..
Macam2 hal pun ada..
Dah minggu2 terakhir nih
Macam2 pulak rasa nya
Kejap Pening
Kejap Letih
Kejap Lenguh
Kejap Sedih
Kejap Happy
Hi Hi Hi ..
Oh Ya.. Virgin Oil Nih
harga RM 35.00
Satu Botol nih ada 1liter (1000ml)
Banyak giler.. smpai baby ke 3 pun leh minum lagi..
Kebaikan..minum virgin oil nih
Mengelakkan Jaundice/penyakit hati for baby
Memudahkan process bersalin.. (laju mcm minyak..insyallah)
So Mummy dearies apa lagi..gi google..
:)

ps: kalo ikutkan hati aku pun nk ikut macam si ELYN n DILA nak duduk umah.. tapi tapi tapi..

Monday, June 2, 2008

Morning..
Last weekend mummy and daddy sibok betul..
Banyak tempat pergi..
Saturday tuh.. hantar faiz ke saloon mandi and potong kuku..
Lasak betul..
Pehtu sebab regular, rezeki faiz dapat rantai leher..
Hi Hi Hi..
Tapi lately ni.. mummy cepat letih ar..
Tengah cari solution camner nak kasi ilang letih badan nih..
AHad lak, bangun seawal pagi..
Siap-siap gerak..
Kengkonon berkobar-kobar ni
Gi warehouse sales Guardian kat The Summit, USJ
Hampeh tul.. barang2 kat situ sumer yang tah haper-haper..
So takder beli apa pun.. ingat nak cari stretch mark cream..
Tapi macam mahal ar pulak.. smpai 70-80 hinggit..
Ke kita orang yang tak jumpa yang murah-murah..
Then, berkobar-kobar lak ke Carlton Hotel, for Chocolate warehouse sales..
Tau lar mummy ni suka makan coklat lately..
Sib baik berbaloi..memang murah-murah ar coklat tuh
Mummy and daddy borong smpai 50 hinggit lebih..
Jap gi nak makan nih..tak sabor.. hihihi
Then, ada jemputan kenduri kat klang (Pulau Indah)
Terus susur ke sana.. punya lar jauh nak mati..
Siap rentas laut tuh..* Pasal naik jambatan panjang..
Lepas gi kenduri tuh..
Mummy and daddy decide nak tengok wayang..
Citer Indiana Jones... mummy takut gak..pasal pinggang mummy mesti sakit kalo dok lama..
Dapat ar tiket wayang kul 430, kat TGV Balakong,
Dalam wayang tu..baby tak senang duduk..
Gerak sini sana.. Agaknya pasal bising kut eh baby??
Mummy pun tak senang duduk..
Senget kiri, senget kanan..
Adeh rasa serik nak tengok wayang lagi.. tak selesa betul
Tapi mummy kesian kat daddy..dah lama tak tengok wayang..
Seronok gak ar citer tuh.. walaupun mummy tak concentrate sepenuhnya..
Yang best sekali ..mummy dapat makan pop corn caramel besar..hi hi hi
Then, gi singgah MPH..
Actually nak cari buku-buku nama
Tapi macam tak banyak nama pun..rasanya nak kena gi kedai buku mamak kut, baru banyak choice..
Nama baby pun..mummy,daddy and nanny tak decide lagi..
Sekali terjumpa buku as below..
Macam manual guide jugak..
Macam-macam ada..baca - baca
worth to buy.. RM 33.90
Daddy pun excited baca..
Ada cara nak pakai lampin
Ada cara nak mandi baby
Ada do and dont's
Guide nih untuk infant to toddler (4-5 tahun)
So pada mummy dearies out there yang takder pengalaman langsung macam we all ni
Gi lar cari buku ni kat MPH ..


Worth Buy.. RM 33.90 (Aku takder share tau ngan writer nih)

Guide camner nak mandi baby, do and dont's


Guide baju yang sesuai, camner nak pakai baju ngan betul untuk baby..


Hah pehtu dapat pampers 4 keping tapi size M , aku amik jer kat JUSCO tu ada promotion Huggies, orang dah kasi aku amik jer lar...
Ps: Cerita - cerita dalam blog ni sumer berkenaan ngan aku, beckham and our expecting baby..tak ada apa yang menarik pun..sekadar coretan dari hati seorang mummy.. terimakasih kerana ingin menjadi pembaca... dan berkongsi kegembiraan ini..