Friday, January 21, 2011

"white lie" di hari jumaat..tuhan ampunkan aku

Ingat kan hari ni jalan tak jem,
Telahan ku salah belaka..
jem nak mampuihhh!
40 minit lepas tol 50sen ajer
(lantak ar korang  baca psl jem hari2) ekekeke
(tuh lah sapa soh belajar tak pandai kan kena keja jauh2 jadi kuli)

ok sambung citer
Ingat tak pasal budak yang nk pinjam aku duit itu hari..
Hari ni dia buat hal lain pulak..

Pagi tadi..
Tengah2 aku siok - siok
main twitter,fb and YM.. (kat BB lar)
Dia datang kat aku..
Peluk belakang aku..
Tiaraaaaaaaaaaaa...........
Uikkkk pakaii blackberrryyyyyyyyyyyyyyyyyy....
CAntikkk baju ko hari ni.. (macam lar selalu tak cantik, selalu kutuk aku ckp fesyen beruk)

Aku pulak macam terkejut so terdiamm..

"ha naper kak ros?"
"Nak minta tolong lar.."
(dalam hati aku ahhh sudahhhh)cepat2 aku jawab
"Gaji lom masuk kakk oiiii"
"Ehh tak tak..ni akak nak pinjam KETA KO jappp"
"haaaaa??"
"nak pinjam keta ko jap nak GI KLINIK URGENTTTT!!!!"
"aku otomatik jawab tak BOLEH kak"
"apasal tak boleh??!!!"
"eeemmmmm roadtax dah mati"
"haaa ko bawa keta roadtax dah matii?"
"aah dah mati 13 haribulannn"
"abih bila ko nak renew?"
"dapat gaji nanti larrr"
"hmm takper lahh!!"

terus berambus dari tempat aku..
seeeeeeeeeeeeeeeeee...  aku selalu tersepit
aku ni memang susah nak pinjam kan keta/duit/apa2 lahhh
sedara mara pun aku berkira
ini kan pulak kawan yang aku baru kenai 2 bulan
adusss...

aku bohong sunat di hari jumaat..
tuhan ampunkan aku

Roadtax aku mampuih 31 January 2010
Kalo jap lagi dia pi tengok kat kereta aku hidup lagi
itu belakang kira..

Beckham cakap, lain kali cakap ajer ..
LAKI AKU TAK BAGI!!!
haihhh lah..
company aku ni macam2 orang pun ada!

Korang senang ke nak  bagi pinjam keta???




Wednesday, January 19, 2011

Wordless Wednesday

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lepas satu satu..

Cuba berlapang dada..
Tapi entahlah.
Mungkin faktor usia buat aku lebih sensitif..
(dah tuaaa kan sensitifffff)

Kat sini,
Isu aku tak pakai baju kurung pun kena EJEK
ahhh..
pakai tudung semestinya ke kena pakai baju kurung?
aduss,,

Isu aku tak turun surau solat dah lama pun kena kata..
(aku solat ke tak solat ke, sapa yang bagi pahala?)
Do i need to explain to them? apa masalah aku?
tak perlu kan?
perlu ke aku citer aku qada solat sumer?
Perlu ke???
perlu ke aku bagi tahu aku sakit pingang tak leh bongkok?
adussss,,,


ok aku bukan anna raffali
cuba buat2 tak tau


tapi tau lar kan aku hati kecik
sedih lar..
lepas satu satu
agaknya banyak sangat dosa aku ni kan

*aku rasa sebab aku tak join depa kuar lunch, so topic hari2 citer pasal aku..

macammana nak handle situasi camnih? depa2 ni sumer bukan department aku pun, tapi sampai menyampai tu buat aku sesak nafas!



Monday, January 17, 2011

Lindungi anak2 kami ya allah




Ya Allah Lindungi lah anak2 kami
Dari malapetaka dan bahaya mu ya allah..

si kandung email....

Salam.
Apa perasaan anda bila lihat gambar2 ini? Need your advise what to do further. Berlaku kepada anak saya dan anak2 lain yg sy tak berapa kenal parent diaorang. Rasa mcm nak tunggu depan taska tu dan bgtau semua parent yg hantar anak ke situ. Kami dah tanya seorg kawan PDRM secara informal. Dia kata takboleh nak report sebab tidak menyebabkan kematian atau kecederaan. ''Dah tu, nak tunggu ada yang mati dulu ke baru boleh buat report.." ???

Lokasi Taska : Sri Kembangan - Selangor.

Please advise dan pertolongan anda amat dihargai. Terima kasih.





Kalau ada rezeki.. marilah

Alamak nak kena update gak nih..
Nak tau tadikan
lepas sesak2 jammed jalan tu kan
Sampai opis terus rasa nak terberry..
Lepas tu gi berry as usual bawa my blackberrry eheheh
(tu pun nk citer)
ekceli sebagai main game/chatting/fb baru senang nak berry

Anyway nak citer
tgh siok berry
ada satu private number sudah mari lah
Aku ingat makcik beckham
so aku tekan ignore
kali kedua mari lagi no private tu
nak tak nak kena angkat lar
walaupun tgh berry
ckp maintain ajer

sekali orang nak call for interview daaa
tapi kan before tu dia tnya tau
"why are you looking for new job, u just join ths company"
alamak.. kebetulan ada lak org sebelah masuk berry lak
aku sebenarnya nak jer jawab
tapi takut lar kan
kang orang sampai2kan lak
so aku cakap
can i call you back?
ms tu kan.. mana lar ada pen, so dia bg no henpon lak!!
aduh imagine lar nk mengingat dlm toilet tu
ngan montot nak berry..

aduyaii.. so aku main ingat jer lah
(sbb diapakai private no)
so lepas setttle sumer
cepat2 aku g cari company tu..
alamakk.. company tu overseas base lar..
so website tak der lar no opis KL
alaa,,
no yang aku hafal dapat no cina mana tah

so skrang ni, aku tengok jer lah tepon ni haaa
tak berbunyi lar pulak

*Pengajarannya kalau nak berry bawa lar pen dan kertas sekali

** harap dia call back.. :(