Monday, August 30, 2010

Salah email da

Ha ha ha
akibat banyak blog
salah email address daaaa
soriii...

tak faham takper
kalau yg sempat baca
salah blog lar

Thursday, August 26, 2010

Bercakap pasal tahi.. ada yang boleh makan

Rupanya
ada taik yang boleh dimakan
1st time dengar..
tu pun..
aku dapat dari facebook
so google lar..



Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.

Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.

Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.

Kuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak yang biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala mas dan seperti dengannya. Kuih tahi itik biasa boleh didapati di pasar, pasar minggu, dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah, ketika banyak majlis perkahwinaan diadakan.


so wikipedia pun ada penjelasan..

he he he..sedap ke??






Tuesday, August 24, 2010

Milo Ais Dinosour

Baru Tahu
Ada minuman macam nih
nama dia MILO AIS TABUR
or MILO AIS DINOUSOUR!

giler ar..
sedap nampak
kalau minum nih
mau tak berak sebulan

Korang nak??
aku nakkk..
kat mamak ada tak eh?


Nak mula belajar memasak!

Mungkinkah selepas ini..
Aku dah kena belajar memasak kat MakcikRehan atau OLI
Or dah kena pi kelas2 memasak...
Mostly.. tempat2 favourite aku
Dah tak halal!
Pappa Rich one of my feveret..nasi lemak kari ayam!
Allah..ampunkan aku..!
Baca email kat bawah



Jumaat, 2010 Julai 30

Jejak Dakwah Lapangan Ust. Halim". Operasi Pappa Rich Restoran,


Laporan Ustaz Abd. Halim Zakaria

PUM (WIL)/UNGGAS-LANDAS KL /Pejalar PhD, Jab. Dakwah & Pembangunan Insan, UM.



 


Kuala Lumpur, Khamis, 29 JULAI 2010 -
Rentetan kisah benar dalam "Jejak Dakwah Lapangan Ustaz Abd. Halim". Operasi Pappa Rich Restoran, 23b Julai 2010, Kepong Prima, Kuala Lumpur.



Bila tersebar sahaja berita di media massa mengenai ayam yang tak sembelih dan penyalahgunaan LOGO HALAL, ramailah yang memberi pandangan tentangnya. Namun mereka (orang Islam) tak pernahpun merujuk kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw. Maka kita tidak beriman dan mengikut surahan dan peringatan Nabi saw di Khutbah Yang Terakhir, antara sabda Nabi saw; "Berpeganglah kamu kepada al_quran dan SunnahKu, nescaya kamu tidak akan sesat". Oleh kerana kita tidak endah akan suruhan Nabi maka banyak penyelewengan dari berbagai aspek melanda umat Islam kini, khususnya di Malaysia.

 


Kalau saudara seislam semua nak tahu, logo HALAL yang dala gambar tu bukanlah logo HALAL JAKIM yang terkini, dah bertahun pihak JAKIM mansuhkannya. Pentaulihan HALAL hanya diberi oleh pihak JAKIM dan bukan daripad agensi-agensi swasta seperti yang dipakai oleh Restoran Pappa Rich ni. Sijil HALAL ni tidah sah dan orang Islam ditipu sekian lama.





Sedangkan ia amat meragukan, apatah lagi tempat yang kami buat pantauan (premis penyembelihan) di Jinjang Utara, Kedai Kim Foog Trading, kami dapati tercatat dalam resit belian pada Jun 2010 ialah Restoran Pappa Rich, bernial RM4,623.00 sehingga 10hb Jun 2010. Kami tak tahu Restoran Pppa Rich yang mana, tapi bagi memastikannya kami buat operasi HALAL. Pada pagi Jumaat 23hb Julai 2010, sekitar jam 10 kami buat inspection di segenap penjuru restoran berkenaan. Turut hadir beberapa kakitangan dari JAKIM, Ustaz Amri, JAWI Ust Fatah, Jabatan Hal Ehwal Pengguna, saya sendiri PUM (wil), bagi mendapat pengesahan mengenai perkara tersebut.







Ini satu lagi kes, restoran kat PUDURAYA, tepi Mayban, yang menggunakan Sijil HALAL yang tak sah dan dimiliki oleh orang India. Malahan di penjuru atas kanan restoran tersebut ada "menderam"@ pelaris Hindu, supaya ramai pelanggan datang.



Ramai orang Islam ke sana ustaz perhatikan. Siapa pedulikan, firman Allah swt dan sabda Nabi saw;


Firman Allah:



 


"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik.
(al-Maaidah: 88)



 


Rasulullah bersabda:



 


" Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, dan lebih baik dijauhi."
(Riwayat: Bukhari dan Muslim).



 


Hadis Rasulullah S.A.W.

"Sesungguhnya Allah S.W.T. mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu, oleh itu jika kamu membunuh, perbaikilah cara membunuhnya. Apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara sembelihannya serta tajamkanlah pisaunya untuk memudahkan penyembelihannya."
(An-Nawawi, Sohih Muslim)










 

Ayam yang diletakkan di bahagian luar belakang restoran tersebut. Fikirlah kalau anjing selongkar, bagaimanalah keadaannya. Kita pula makan! Sabda Nabi saw:

 

"…Ingatlah bahawa dalam tiap-tiap badan itu ada segumpal daging, apabila ia baik, baiklah seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah badan seluruhnya, ingatlah iaitu HATI".
(HR. Bukhari dan Muslim).

 

Tak lama lagi Ramadhan akan muncul, makan segalanya terdapat di pasar/bazaar Ramadan. Kebanyakkan dari ayam. Nasi ayam (memang ayam), sup ayam, ayam percik/bakar, sosage, nugget, nasi goring ayam, mee hailan dll. Semuanya ada ayam.

 
 


Renungilah hadis di atas, siang hari kita berpuasa, malam kita banyak beribadah, takut apa yang Nabi saw. menyembut "ramai yang berpuasa, tetapi sekadar dapat lapar dan dahaga", sebab makanan yang tidak halallan thoiyyibah. Doa yang kita pohon tidak diterima dan tidak diangkat ke langit, juga tidak dimakbulkan Allah swt. disebabkan HATI/seluruh rohani dan jasmani kita kotor. Kita makan bangkai, kita banyak berpegang kepada perkara-perkara syubhah yang akhirnya medorong/melakukan kepada yang haram. Sabda Nabi saw;

 
 


"…barang siapa yang menjaga dirinya daripada perkara-perkara syubahah sesungguhnya ia bersih dalam agamanya dan kehormatannya, dan barang siapa terlibat dengan syubahah nescaya terlibatlah ia dalam melakukan perkara-perkara haram…"
(HR. Bukhari dan Muslim).

 
 


Firman Allah swt; Al-Maidah 3.

"diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini,…"



Sabda Nabi saw dalam hadis yang masyhur;

"Setiap daging yang tumbuh hasil dari yang haram, api nerakah yang lenih utama baginya".

Maka bertakwalah dengan sebenar-benar taqwa dan berpeganglah kepada al-Quran dan Sunnah Nabi saw. nescaya kita tidak tergolong bersama orang-orang yang sesat, mengikut jejak langkah syaitan… al-Baqarah 168.

 


"Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu."



Lalu, tanpa kita sedari kita menjadi penghuni neraka, terutama mengenai soal perkara-perkara yang bersangkutan dengan SYIRIK. Akhir kalam, SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK, mogo kita diampunkan Allah dari segala dosa-dosa yang kita lakukan, insyaAllah.


Di bulan Ramdhan ini, pihak berkuasa JAKIM member kelulusan HALAL kepada setiap hotel-hotel untuk menyediakan juadah berbuka puasa HANYA SEBULAN, namun banyak penyelewengan yang berlaku, terutama hotel-hotel milik orang kafir. Alangkah baiknya zaujah/isteri kita yang masak, alangkah baiknya ayam kita sembelih sendiri dan proses sendiri, tak sampai 20 minit pun untuk seekor ayam. Kita yakin, dagingnya sedap dan HALALLANTOYYIBAH. Doa dan masakan iasteri-isteri Solehah akan lebih diberkati dan kita dijauhi Allah penyakit-penyakit kronik yang berbagai akibat makanan tidak HALAL.. Pahala makan isteri masak, pahala makan bersama keluarga jauh lebih besar dan afdalnya dari makan/beli diwarung-warung tepi jalan atau pasar malam/pasar juadah ramadan.

 


 
Temuilah ana, Ust Halim. Pada 7hb. Ogos 2010, jam 8.30pg-5ptg.

di Masjid Bukit Aman, KL. Seminar "PEMAKANAN DAN PENYEMBELIHAN HALAL",

anjuran Bahag. Khariah JAWI dan Masjid Bukit Aman.

Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat, dalam usaha kita

mencari keredhaan Allah melalui ILMU.


 

SAMPAI-SAMPAIKAN BERITA INI KEPADA SAUDARA SEISLAM, BESAR PAHALANYA. UNTUK SEBARANG KEMUSYIKILAN HUBUNGI :


USTAZ ABD. HALIM ZAKARIA (SMS/EMAIL 012-6625681 email
ahalimzaa@yahoo.com). ATAU jenggok-jenggoklah blog; www.urusetialandas.blogspot.com.
WASSALAM

 

Friday, August 20, 2010

Mc Donalds Adalah Halal..

AMARAN : ENTRY NI TAKDER KEPENTINGAN POLITIK ATAU TAK DA BAYARAN ATAU MAKAN PERCUMA

Sekarang ni tengah kecoh PASAL
Mc Donalds tak halal,
Pasal daging tak di iktiraf oleh JAKIM
sana sini berblog tentang itu
status FB pun sama

Oleh itu aku yang korang memang tahu
suka MC D
berusaha mencari kebenaran
cecehhh...

Pada pukul 3.04PM 20/8/2010, saya telah call pihak JAKIM di no :TEL : 03-83150200
Dan bercakap dengan CIK SUE - dan beliau telah menjelaskan ISU MC DONALDS TELAH LAMA SELESAI< DAN MCDONALD ADALAH BERSTATUS HALAL.

ALHAMDULILLAH!

ok so kawan2.
malam ni boleh berbuka ngan BIG MAC

btw.. surat tu diemail oleh MANAGER MD kepada aku..
untuk kesasihan..

catatan : OTWC confirm lar tak halal..dah jumpa kaki katak and dah masuk berita siap saman menyaman ok.. yang tu confirm tak HALAL (btw aku dulu selalu minum kat OTWC ice blended dia terbaik, tapi ada kaki katak lar pulak dalam mee kicap tuh)