Wednesday, September 29, 2010

Sarapan!!

Sejak terjumpa ulat dalam tosei
Dah lama x makan tosei
Sebab tosei sedap hanyalah dikedai tu

Kebetulan, lepas raya tu makan kat baiduri,rasa tosei dia adalah sedap
So far lom terjumpa ulat
If jumpa nanti,cari tempat lain lar pulak

So hari-hari adalah tosei rawa,
Hari ni, kawan aku order apalam..
Apalam ni aku rasa sedap gak
So esok adalah mesti order

Ok sekian
Betul2 xde motif update

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 27, 2010

Down

Down to earth
Sedih
Datang keja tak ada spark
Boss baik nak resign
Rasa tak ada arah ni

Cepatlah jumaat
Nak lari dari rasa sedih ni

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 24, 2010

Gerun jer dengar!

Now...
rumous-rumous kedengaran
mungkin bos kecik kuat kentut yang jahat tu
akan jadi acting bos besar yang akan chow tuh

GERUN nyer aku dengar!!!!!
it's not a good news woh!
trauma nyer aku
semakin gigih aku click jobstreet nyer website!

Ya Allah permudahkan lah urusanku..
Ya Allah jauhkanlah aku daripada kaum2 yang jahat
Ya Allah jauhkan lah aku dari kesusahan


Amin.....


Thursday, September 23, 2010

Makan hari senyum besar pertama...

Bos yang nak resign tu belanja makan,
Sempena hari senyum besar yang lagi 2 hari nak mai :D

As at today, baru 2 kali makan victoria...
Last sekali last year august!
But still aku tak order steak!!
Portion besooo
So order ayam jer
Kenyang alhamdulillah

ada ms sebulan tuk kalian2
Belanja makan heheheh

P.s; jiey-miey mailah rumah, tiara x wat open house pun... Hehehehe makan kuih raya jer
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 22, 2010

Yang sudi

Semalam g tesco, nak cari perencha mee goreng yg segera..
Tapi tak ader lor!!!
Memang tak ujud lagi rupanya mee grg segera unless maggi me..

Tak kan nak hidang tu jer
Dulu....
Masa dok kesuma..
Senang banget wat open house terus order katering
Air jer wat sendiri

So biler org nak mai umah
Terkial-kial nak msk sendiri
Nak buat open house
Umah ni sekangkang kucing
Kang berlanggar2 montot korang
Tak best ar camtu
That's why dah 2 tahun tak buat open house..

So apa solution, menu senang utk orang yang x tahu masak mcm aku?

Last year aku hidang KFC jer tuk tetamu heheheh
Kan @elyn n maza?

Spageti paling senang kut?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 21, 2010

Re: Berita tak sangka!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: aayzan@gmail.com
Date: Tue, 21 Sep 2010 06:56:14
To: <ladybronze.tiara@gmail.com>
Reply-To: aayzan@gmail.com
Subject: Berita tak sangka!!!

Entahlah
Terkejut sangat-sangat
Baru kuar dari bilik big boss!!!!!
Aku yang cari keja...
Tapi dia yang resign
She's retired!!!!!
OMG!!!
Aku tak happy!!!
Now rasa macam department takder kepala, no head of department dah!!!

What should I do know???
Keja lain tak dapat lagi!!
Sedih lar pulak
Rasa nyesal tolak offer dulu pun yergak!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jalan ke tempat kerja

Saja tepek gambar jem ni
Sebab ini rutin hari2
Tak pernah nyer jalan federal hiway ni lenggang...
Unless cuti skolah
Atau cuti raya besar like raya puasa n raya cina...

So nak kerja kat PJ?
Pikir 40 kali eh he

Pesanan kecik: misi cari kerja baru nak start tetiba dpt email pasal benefit baru, yaallah inikah petunjuk mu?

Pesanan lagi; gambaq x reti nk rotate pakai BB ni, sapa ada BB nak pin leh BBM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 19, 2010

Rumah tak semenggah

Merujuk gambar
Kalau tiba-tiba ada org nk dtg umah tak bagi salam..
Memang aku tak bukak pintu hahaha
Seyesly, sejak ayra dah pandai mengemas, rumah tak pernah teratur!!

Ni yang tetiba terpikir nak amik maid, tapi tak nak indon!! Nanti dia ramas taik!! Hhehehe

Korang nyer rumah mesti teratur kan?

Hari ni dok umah jer, x gi memana pun!! Bosan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 17, 2010

Tudung Tiara

Fesyen tudung camner korang pakai raya?
Aku pakai tudung stail camni jer hehehe
Ni jumpa kat SACC mall, then nak match baju tema oren tu, satu shah alam aku cari! Last pi jalan TAR baru jumpa!
Ada selai lagi warna merah makngah...
Gambar raya dlm kamera, card reader ayra celup dlm milo, so tunggu!
Tuh jerlah best letak gambar BB free kan hari-hari mari


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Raya Eid

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 7, 2010

Char Koew Tiau Kerang satu............

Kerang atas darah babi

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.

KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi  penyembelihan daging babi   di pasar Chow Kit.
KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit.
Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.


Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.


Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.


Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.


"Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.


"Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan," katanya.


Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.


Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.


Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.


SUMBER : HARIAN METRO ONLINE