Friday, January 9, 2009

Dulu kan..
Aku tak faham kenapa parents nih suka beli barang mahal2 untuk anak diaorang
Dulu kan..
aku rasa parents yang membeli barang2 mahal ni berlagak + menunjuk-nunjuk
Dulu kan..
Aku tak faham kenapa parents beli susu yang berpuluh-puluh ringgit setin..
Dulu kan...
aku rasa parents yang membeli susu mahal tu membazir jer sedangkan ia adalah susu yang sama walaupun beza harga dan jenama..
Dulu kan..
Aku tak faham kenapa perlu parents bawa anak diaorang jumpa paediatric or ke specialist yang mahal-mahal or ternama sahaja..
Dulu kan..
Aku rasa parents yang bw anak ke klinik mahal tu sengaja nak buang masa sedangkan klinik kerajaan berlambak-lambak..
Dulu kan..
Aku rasa barang - barang budak-budak mahal nak mampus
Dulu kan..
Aku rasa aku tak akan beli mainan/baju/susu/diapers yang mahal-mahal nak mampus tu..


Tapi kan..
Sekarang semua tu berbalik kat aku..
Rupa-rupanya kan..
Parents yang beli barang yang mahal kerana mereka mahu barang yagn berkualiti untuk anak mereka.. dan kerana mereka mampu..bukan menunjuk-nunjuk.. dan kerana mereka telah menjadi parents.. sentiasa mahu yang terbaik untuk anak-anak..
Rupa-rupanya kan..
Parents yang beli susu yang mahal bukanlah membazir, tapi kerana mereka mahu bayi / anak mereka sihat, apalah sangat 100-200 hinggit sebulan untuk susu yang berkualiti..sedangkan..parents makan mekdi/ns lemak/ns ayam/spageti/minum starbuck/beli bag2 or baju2 or kasut setiap bulan yg cecah 3-4 ratus sebulan.. dan kerana kadang2 ada ibu yang tak mampu memberi susu badan sepenuhnya..
Rupa-rupanyakan..
parents yang bawa anak mereka ke klinik pakar atau berjumpa specialist yang ternama bukan kerana ingin menunjuk - nunjuk tetapi mahu anak mereka dilayan dengan baik, sihat dan agar parents tidak susah hati sepanjang masa, bukan kerana tidak percaya hospital gomen..tetapi kerana mereka yakin dan mahu anak mereka gembira.. dan mereka juga mahu gembira dan tidak risau selalu..
Rupa-rupanya kan..
Parents yang beli diapers/baju/susu/toys yang mahal kerana bila melihat anak mereka happy,tidor lena dan tidak rashes montot .. mereka sanggup membeli diaper yang mahal yang berharga 80 sen sekeping.. bersamaan ngan nasi lemak kecik, membeli mainan yang mahal nak mampus kerana mereka mahu anak mereka bermain sambil belajar, mahu anak mreka bijak kerana masa depan .. pelajaran dan pengetahuan adalah sangat penting, membeli mainan yang kadang2 harganya tidak masuk dek akal kerana..mereka mahu anak mereka bahagia dan gembira..
Rupa-rupanya kan..
bila dah menjadi parents baru kita tahu apa sebenarnya yang terjadi.. jangan cepat menilai..
Dan aku..
frust giler.. bambo seat tak dapat dibeli..
nak beli yang baru..
beckham n tok mama tak kasi..
katanya tak berfaedah..
tapi aku rasa..
ayra suka sangt dok atas tu
tok mama kata dia dok atas apa pun sangat suka
beckham kata.. nanti kita cari walker puas hati
tapi aku tak puas hati..
owh!
ps: dilla.. i'm frustated..


No comments: