Friday, December 19, 2008


Teringin sangat nak beli Jumpero ni untuk Ayra
Dia suka sangat main menda alah nih
sampai meleleh air liur,.
tak endah kan aku ngan beckham
tapi..........
Harga dia..
Humang aih.
lagi singgit RM 700
Kena cari kat ebay yang second hand punya..
Kalo ada rezeki dia..
Adalah if not..
Tunggu dia 7 bulan
belikan walker jer lah..
Bila dah jadi mummy nih
bila tengok anak kita suka sesuatu benda tuh
hati tu rasa nak penuhi jer permintaan tu
bila tak dapat penuhi
rasa sedih sangat..
rasa mcm aku mummy yang tak baik..
jenuh!

Wednesday, December 10, 2008

Venue : Umah Tok Mama
Date: 2 November 2008
Model: Ayra Rahadatul 'Aisy
Majlis Cukur Jambul & Marhaban

Tuesday, December 9, 2008


Entry ini mungkin agak emosi..
Sekadar luahan perasaan seorang anak dan ibu
Mungkin Dia tak pernah nak menyayangi aku
Tanpa sepatah ucapan Tahniah, atau bertanya khabar aku
Yang bertarung nyawa melahirkan cucunya
Tiada sepatah perkataan atau sekali kunjungan
Tak teringin kah nak tengok cucunya yang pertama
Atau aku ini memang tidak pernah ada didalam hatinya?
Aku tak pernah menyesal bukan dalam peliharaan dia
Tapi aku masih ada namanya di hujung nama ku
Apabila anak aku sudah besar nanti
Harus kah aku katakan
Ayra ada tok wan..tapi tok wan tak sayang ayra..
haruskah?
Tak apalah ayra..
Tok wan mungkin di hati dia tidak ada ruang untuk kita...
Semoga selepas ini .. jangan ada apa2 diantara kita dan dia kan ayra
selagi Mummy ada
selagi Daddy ada
Selagi Tok Mama ada..
Ayra tetap akan kami limpah kan kasih sayang



Thursday, December 4, 2008

Dah lama tak update dalam blog nih
Life was great.. ehh super great..
Masih dalam penyesusaian as Mummy and Daddy
Masih dalam pengiraan bajet itu dan ini
Kadang2 bajet burst
Kadang2 bajet terlebih
Hi hi hi
Masih menatih,
Masih terlalu hijau dalam dunia keibubapaan ini
But still learning.. belajar dan bertanya pada yang tahu dan sudi..
Insyallah
Nak Share Milestone Ayra
Being 4 Months
  • STill tak mahu meniarap..
  • Nak duduk + berdiri sajer+ ngereng2
  • Bangun seawal 530 pagi ajak sembang
  • Dah pandai nak ikut if nampak orang pakai baju cantik
  • Nangis kuat2 kalau lapar
  • Dah minum 180ml susu (alhamdulillah)
  • Still breastfeed at nite
  • Pandai cari bantal bucuk if nak tido
  • Dah pandai main "ba-ba chak"
  • Suka tengok cerita tom tom bak (maybe sebab colors)
  • Dan pandai tarik booties sendiri (sib baik tak isap jari kaki)
  • Suka dengar lagu yang mummy nyanyi pehtu tergelak

Untuk semua yang diatas ..

Aku bersyukur kepada tuhan.. atas setiap kehendaknya